Debaran Makin Terasa, Siapakah Sebenarnya Aizat? Jawapannya Di Projek: Anchor SPM Malam Ini!
Persoalan mengenai siapakah sebenarnya Aizat lakonan Aedy Ashraf mungkin akan terungkai menerusi episod empat Projek: Anchor SPM malam ini.
Menerusi sedutan trailer dimuat naik di Instagram Astro Shaw hari ini, Aaidaa lakonan Daiyan Trisha dilihat mengekori Aizat ke kampung halamannya.
Sebaik tiba, Aizat kemudian disambut beberapa budak kecil.
Perseoalannya, adakah mereka adik kandung atau Aizat sebenarnya mendiami rumah anak yatim?
Apa yang lebih dramatik, menerusi sedutan berkenaan juga, Daiyan merasakan Aizat tidak menyenangi kehadirannya di dalam rumah berkenaan.
Apa sebenarnya yang penonton akan saksikan malam ini? Siapa pula watak Yati yang sebelum ini menimbulkan 1,001 tanda tanya?
Untuk merungkai segala persoalan tersebut, anda kena tontonnya di Astro Citra jam 9 malam ini.
Sebagai alternatif, anda juga boleh tonton Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.
Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.
Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.