Hiburan
“Dekat Set Main TikTok, Sampai Tak Hafal Dialog” - Lana Nodin Rimas, Beri Teguran Pada Pelakon BBNU
Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pelakon yang digelar Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) di set penggambaran.
Sibuk main TikTok, tak hafal dialog
Menurut Lana, sikap mereka yang acuh tidak acuh dan sibuk bermain TikTok selain tidak menghafal skrip boleh menyusahkan orang lain.“Menyusahkan orang bila masuk set tak prepare dialog ke laut. Lepas tu orang baling skrip kata buli,” tulisnya menerusi Insta Story baru-baru ini.“Ni sis nak beritahu budak BBNU yang nak berlakon! Kalau korang dekat set dok main telefon, main TikTok, sibuk dengan sosial media korang sampai tak hafal dialog, bukan script je aku baling kerusi pun boleh melayang!
Menyusahkan orang lain
Dalam hantaran yang sama, Lana juga berkongsi pengalaman ada yang pernah dipaksa mandi air batu gara-gara tidak menghafal skrip.“Hello zaman aku mula-mula berlakon dulu bukan baling skrip je, mandi air batu pun orang buat bila kau tak hafal skrip menyusahkan orang lain.
“Baik duduk rumah cari orang kaya jaga kau tak payah berlakon,” tegurnya.
Terdahulu, media ada melaporkan bahawa ada segelintir pelakon baharu mengakui diri mereka pernah dibuli di set penggambaran.
ARTIKEL BERKAITAN:Rita Rudaini Tidak Setuju Tindakan Campak Skrip Dianggap Sebagai Buli - “Manja Sungguh”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Pernah Kena Campak Skrip” - Siti Khadijah Halim Dedah Dibuli Di Set Penggambaran
ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon Baharu Dakwa Ada Gejala Buli Di Set Penggambaran, Ini Teguran Ahmad Idham! - “Nak Dapat Publisiti Pun Jangan La Sampai…”
ARTIKEL BERKAITAN:Angkut Karavan Ke Lokasi Penggambaran, Juliana Evans Pilih Untuk Ada Ruang Rehat Sendiri - "Saya Tenang Untuk Menghafal Skrip"
ARTIKEL BERKAITAN:Gejala Buli Merisaukan, Tomok Pesan Pada Anak-Anak - “Kalau Ada Masalah Terus Beritahu Cikgu”
Must-Watch Video