Hiburan

"Demam Makin Kebah & Punya Selera Untuk Makan" - Anak Dynas Mokhtar Jatuh Sakit

gempak
Zulaikha Yusof
20/11/2019
02:47 MYT
Sponsor Banner
"Demam Makin Kebah & Punya Selera Untuk Makan" - Anak Dynas Mokhtar Jatuh Sakit
Pelakon Dynas Mokhtar meluahkan rasa susah hati apabila anak lelakinya, Edriel Obil mengalami demam panas.
Walaubagaimanapun, menurut Dynas suhu badannya makin kurang dan sudah mempunyai selera untuk makan.
"Demam Obil makin kebah semasa waktu makan tengah hari dan saya sangat gembira apabila dia sudah mempunyai selera untuk makan semula," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata pengikut Dynas berharap agar anaknya segera sembuh seperti biasa.
Malah, ada segelintir peminat tidak lokek berkongsi tips dan pengalaman kepada Dynas.
Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Edriel Obil pada 17 Mei lalu.
Selain itu, menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live