Berita
Demi Hari Jadi Scha Alyahya, Awal Ashaari Sanggup Terbang Ke Jepun
Demi menyambut ulang tahun kelahirnya isterinya, Scha Alyahya, pelakon Awal Ashaari sanggup terbang ke Tokyo, Jepun.
Difahamkan Scha sudah berada di Tokyo sejak beberapa hari lalu lagi atas urusan kerja.
Menerusi akaun Instagram Awal juga sempat memberikan ucapan manis sempena hari jadi Scha yang ke-36.
Menurut Awal hari ini merupakan hari yang sangat istimewa buat isterinya kerana dapat meraikan ulang tahun kelahiran di negara kesukaannya.
Paling sweet! Awal mendedahkan meskipun usia Scha sudah bertambah tetapi isterinya tetap nampak sama dan cantik seperti pertama kali dia jumpa 10 tahun lalu.
“Made it to Tokyo, just in time to celebrate my wife's birthday.
“Sayang, I know today is super special to you because you get to celebrate your birthday in one of your favourite cities in the world, and with your favourite boy of course!
“I doakan semoga Allah lindungi you, kurniakan kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yang tak putus.
“You may not know this, looking at you now, you're not much different.. Still sama like how I first met you 10 years ago.. Happy Birthday my Gemini baby,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata menyifatkan pasangan ini sangat romantis.
Malah tidak kurang juga yang memberikan ucapan hari jadi buat Scha.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana, 5.
Must-Watch Video