KELUANG MAN
Demi Keluang Man, Nas Sanggup Belajar Empat Jenis Seni Bela Diri - “Saya Lakukan Training Selama Lima Bulan…”
Pelakon, Nas Muammar Zar mendedahkan dia mempelajari empat jenis seni mempertahankan diri sebelum memasuki set penggambaran filem superhero ikonik negara, Keluang Man.
Silat, Jujutsu, Kickboxing & Judo
Menurut Nas, latihan itu dilakukan bagi memantapkan lagi lakonannya selain mahu mempelbagaikan jenis kemahiran seni bela diri.“Sebagai contoh bila dia beri menendang, tendang itu ada pelbagai tendangan dan bukan hanya sekadar silat,” katanya ketika ditemu bual bersama Gempak.“Sebelum kita menjalani penggambaran, saya melakukan sesi latihan selama lima bulan. Bukan setakat silat sahaja yang saya belajar, ada tiga jenis lagi seni bela diri iaitu kickboxing, jujutsu dan judo. “Sebab kita mahu Keluang Man ini kepelbagaian dalam kemahiran berlawan. Maksudnya, ada masa dia buka silat, ada gaya seperti ‘wrestling’ dan jujutsu.
SAKSIKAN TEMU BUAL PENUH BERSAMA NAS DI ATAS
Untuk info, filem ‘live-action’ Keluang Man ini merupakan adaptasi daripada siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjaya mencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Filem ini diterbitkan oleh penerbit terkemuka, Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Keluang Man dibintangi oleh Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, dan Dennis Yin.
ARTIKEL BERKAITAN:Boleh Relate Dengan Watak Borhan, Lelaki Ini Anggap Keluang Man Hiburan Yang Bagus - “Filem Ini Ajar Kita Untuk Berada Dalam Circle Positif”
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kagum Dengan Anwari, Sifatkan Produksi Keluang Man Hampir Menyerupai Hollywood - “Orang Kata Bukan Kaleng-Kaleng Sebab Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Yusof Puas Hati Dengan Keluang Man! Siap Puji & Bagi Rate 1000/10 - “Jujur Cakap Filem Ni Best Gila”
ARTIKEL BERKAITAN:Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
ARTIKEL BERKAITAN:Demi Keluang Man, Shweta Sanggup Diet Makan Nasi Ayam Hari-Hari - “Makan Dengan Halia & Bawang Putih, Banyakkan Air Kosong”
Keluang Man diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo, penulis Kahar : Kapla High Council serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Naskhah ini menandakan kemunculan pertama Anwari sebagai pengarah filem.
Saksikan Keluang Man bermula 29 Mei di pawagan seluruh negara.
Ikuti siri jelajah Keluang Man pada 31 Mei di Johor, 1 Jun di Melaka, 6, 7, 8 Jun di Perak, Penang, Kedah, 13, 14, 15 Jun di Terengganu dan Pahang, 20, 21, 22 Jun di Klang Valley.
Pelbagai kolaborasi kreatif dilakukan bagi memberikan pengalaman superhero original pertama Malaysia melangkaui layar.
Antaranya kolaborasi’ Wonda Kopi Kluang’, ‘Wonda-ful Keluang Man Burger’, ‘Keluang Man WONDA Fun Run’, ‘Koleksi Premium Keluang Man Oleh Royal Selangor’, ‘Keluang Man dan Fung Keong’, ‘Keluang Man dan Abstrax’.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan info di platform media sosial TikTok, Instagram, X, Facebook akaun Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KeluangMan #KeluangManMovie bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini.
Sinopsis:
Keluang Man mengisahkan Borhan, seorang pesakit di Hospital Tumpoi sering melarikan diri dari hospital di malam hari.
Apabila sejarah lamanya menghantui, pesakit yang menghidapi ‘Dissociative Schizophrenia’ ini mula berniat membalas dendam, dan tanpa sengaja, Borhan membentuk identiti barunya sebagai seorang superhero, Keluang Man.
Must-Watch Video