HIBURAN
Den Manjo Doakan Eda Ezrin, Harap Kisah Jadi Pengajaran Buat Anak Seni - “Saya Ada Berhubung Dengan Keluarganya…”
Penyanyi yang terkenal di Pantai Timur, Den Manjo berharap kisah yang terjadi kepada pasangan duetnya iaitu Eda Ezrin dapat dijadikan pengajaran kepada semua anak seni.
Jadi pengajaran buat anak seni
Menurut Den, situasi yang melanda Eda ada baik serta buruknya dan sebagai seorang rakan, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabatnya.
“Untuk pengetahuan semua, saya sebagai partner mahu katakan boleh kita ambil sebagai pengajaran kita sebagai anak seni.
“Yang bukan anak seni pun boleh jadikan pengajaran, ada yang buruk ada yang baik, contoh yang baik adalah apabila terjadinya kes seperti ini, sempadan Golok dan Kelantan dijaga kemas dan rapi.
“Jadi benda benda yang masuk tanpa imigresen itu jadi clean dan itu antara satu kebaikan juga. Sama-sama kita doakan Eda,” katanya kepada Gempak.
Den berkata demikian ketika ditemui pada sesi rakaman Gempak Jam Session Raya bertempat di Sora Studio baru-baru ini.
Ada hubungi keluarga Eda
Mengulas lanjut mengenai penyanyi wanita itu, Den memaklumkan dia ada menghubungi keluarga Eda.
“Saya ada berhubung dengan keluarga dia, semasa mula mula kena dan awal-awal kes berlangsung. Sekarang pun masih ada hubungi adik adik dia, insyaAllah saya akan selalu berhubung dengan mereka,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, Den Manjo dan Eda popular menerusi lagu ‘Cinta Setandan Pisang’ atau ‘Bey Soba Bey’ ciptaan komposer ternama Eddie Hamid dan lirik dihasilkan oleh Mama Ana dan Fadhil Turbo terbitan Kijang Music.
Untuk info, Eda bersama suami dan empat rakannya terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand memutuskan mereka bebas daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:Eddie Hamid Beri Nasihat Pada Eda Ezrin - “Bersihkan Semula Nama, Harap Pilih Kawan Yang Betul”
ARTIKEL BERKAITAN:"Bila Dengar Lagu 'Bea Soba Bea' Sekarang, Saya Jadi Sebak, Sedih, Sayu" - Eddie Hamid
ARTIKEL BERKAITAN:Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Terlepas Hukuman Penjara, Bebas Daripada Tuduhan Miliki Pil Kuda
ARTIKEL BERKAITAN:"Saya Tidak Bersedia Ke Penjara" - Eda Ezrin
ARTIKEL BERKAITAN:Empat Bulan Di Penjara Narathiwat, Eda Ezrin Turun Berat Badan, Faham Bahasa Thai
Ia melibatkan pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda semasa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok, Thailand pada 1 November tahun lalu.
Terbaharu, Eda dilaporkan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda pada 6 Mac lalu dijangka akan dibebaskan selepas Aidilfitri.
Must-Watch Video