“Dengan Handbag Bagai. Apa Sebenarnya Content Dia Nak Tunjuk?” - Netizen Persoal Percutian Mewah Rizalman Ke Langkawi
Izwan Isa
19/10/2021 02:50 MYT
19/10/2021 02:50 MYT
Baru-baru ini, pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim terbang ke Pulau Langkawi, Kedah untuk bercuti dan meluangkan masa bersama anak-anaknya, Umar 19 dan Aali, 9.
Melihat pada perkongsian di laman sosial, difahamkan beliau terbang ke Langkawi dengan menaiki jet peribadi.
Sesampainya di pulau legenda itu, Rizalman yang cukup popular dalam kalangan selebriti tempatan menginap di Hotel Four Seasons, salah sebuah hotel terkemuka di sana.
Sungguhpun percutian Rizalman itu kelihatan seperti percutian-percutian mewah sebelumnya, namun lain pula dengan tanggapan netizen di laman sosial.
BACA: Letopnya Percutian Rizalman… Siap Naik Jet Mewah!
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di laman Facebook, ada segelintir netizen yang mempertikaikan percutian mewah yang dinikmati oleh Rizalman ketika berada di Langkawi.
“Four Seasons sahaja pun... Kalau bilik RM70k+ baik duit tu sedekah dekat orang yang memerlukan. Ketika orang Malaysia ramai yang tengah susah, tak payahlah kongsi di sosial media,” tulis pengguna Facebook berkenaan.
Ada juga antara netizen yang menyifatkan percutian Rizalman itu sebagai satu keseronokan sementara.
“Tidaklah saya nak berhabis duit banyak-banyak untuk keseronokan sementara tu. Melabur untuk keseronokan hakiki yang berkekalan di akhirat lagi baik.
“Walaupun Datuk ni dah mungkin banyak saham akhiratnya, baiklah tidak dihabiskan dengan cara sebegini,” tulis seorang lagi netizen.
Selain itu, fesyen yang digayakan oleh Rizalman menerusi perkongsian video berkenaan juga mendapat kritikan daripada netizen.
“Pelik, nak kata pakaian lelaki, macam pakaian perempuan. Kasut pun sama… dengan handbag bagai. Apa sebenarnya content dia nak tunjuk? Nanti orang bercakap-cakap mulalah mulut dia maki hamun orang. Walhal dah sah-sah nak tunjuk sikap tak baik.
“Maaflah, bukan dengki, memang rezeki tapi tak perlu kot nak over-expose macam ni. Riak pula nampak gayanya,” kongsinya.
BACA: “Walaupun Ada Istana Kat Malaysia Ni, Tapi Cheq Tak Makan Ikan Salmon” - Rizalman
Sekitar Jun lalu, Rizalman pernah mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan pengikutnya di Instagram dan netizen apabila hadiah ikan salmon yang dikirim oleh peminat diberikan kepada kucing peliharaannya.
Menurut Rizalman, dia tidak gemar memakan ikan salmon dan meminta agar peminat berhenti daripada memberikan barangan basah kepadanya.
Selain itu, Rizalman turut memadam kesemua hantarannya di Instagram dan meletakkan akaunnya itu dalam tetapan peribadi sehingga ke hari ini.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!