Hiburan
Dengan Sekali Lafaz, Azwan Kombos Sah Bergelar Suami Ezzaty Abdullah
Pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 11.30 pagi tadi (Sabtu).
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ezzaty iaitu Abdullah Mat Isa dan disaksikan oleh Jurunikah, Mohd Rasmawi Harun.
Majlis diadakan di kediaman pengantin wanita di Bentong, Pahang dan di hadiri oleh kedua-dua pihak keluarga.
Azwan yang berasal dari Kota Belud, Sabah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 selain lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang kepada pihak lelaki.
Terdahulu pasangan ini mengadakan majlis pertunangan pada hari yang sama sekitar jam 10 pagi sebelum menjalankan majlis akad nikah.
Majlis resepsi bakal diadakan pada malam Ahad di Dewan Melor, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Foto Kredit: kaki5photo
Sumber: mStar Online
Must-Watch Video