Drama Hati Yang Dikhianati sentiasa mendapat sambutan hangat daripada para penonton.

Minggu lalu, Isyariana berkongsi babak dibelasah oleh pelakon Iqram Dinzly dalam drama berkenaan.

BACA: "Ngeri, Kejam, Ganas" - Peminat Sakit Hati Tengok Isyariana Kena 'Tibai' Dengan Iqram Dinzly, Macam Real!

Terbaru, menerusi kemaskini di Instagram Bambam Studios, kemunculan pelakon Elizad Sharifuddin mencetuskan tanda tanya. Pada masa sama, kapsyen di entri tersebut seakan menggambarkan tentang satu rombakan besar yang mungkin berlaku dalam Hati Yang Dikhianati!

"Adakah Lisa @isyariana bakal digantikan dengan heroin baru? @elizadsharifuddin," tulis di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memberi respon berbeza, ada yang tertanya-tanya sama ada Elizad akan betul-betul menggantikan Isyariana, ada juga yang mahu Isyariana dikekalkan sebagai heroin drama tersebut.

Hati Yang Dikhianati yang diadaptasi dari drama popular Mis Tres Hermanas bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, 6 petang di saluran Astro Prima atau boleh distrim di Astro Go dan Ultra Box.

Hati Yang Dikhianati dibintangi oleh Isyariana, Amar Baharin, Malek Mccrone, Mona Allen, Zamarul Hisham, Shah Iskandar, Mia Nasir dan ramai lagi.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)