Baru-baru ini kecoh apabila ada individu yang mempersoalkan kredibiliti guru selepas tamat waktu persekolahan.

Surat terbuka kiriman seorang pembaca wanita yang disiarkan dalam sisipan akhbar Utusan Melayu dengan tajuk Di Mana Guru Selepas Waktu Sekolah ternyata menerima pelbagai reaksi netizen.

Isi kandungan yang menyentuh isu pemantauan guru selepas tamatnya waktu persekolahan dan menyatakan golongan pendidik tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Menerusi tinjauan di laman sosial, netizen membidas kembali kenyataan surat berkenaan dalam bentuk sinis.Tidak kurang juga ada yang menjelaskan kerja-kerja yang dilakukan guru dan juga pengorbanan warga pendidik yang ikhlas terhadap anak murid mereka.
Terdahulu, kiriman surat terbuka itu juga telah menjadi tular sebaik sahaja diterbitkan oleh akhbar berkenaan pada Isnin (28 September 2020).