Hiburan
“Di Mana Maruah Seorang Guru?” – Ustazah Disuruh Merangkak Oleh Seorang Ibu, Netizen Berang!
Gara-gara mendenda pelajar, seorang ustazah telah diminta untuk merangkak oleh ibu kepada anak muridnya.
Menerusi laman sosial Facebook, seorang pengguna Asmahadi berkongsi kejadian yang dirakam menerusi sepotong video itu buat tatapan umum.
“Cukup kurang ajar. Sebagai parent, awak telah menghancurkan hati semua guru diseluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu untuk anakmu.
“Mana Jabatan Pendidikan Malaysia, sila ambik tindakan buat insan bodoh ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambik masa seminggu handle kerenah anak-anak murid,” tulis pemilik akaun menerusi ruangan kapsyen.
Di dalam video berdurasi hampir dua minit tersebut, ibu tersebut dipercayai datang ke sekolah dan meminta ustazah itu merangkak mengelilingi kelas sambil disaksikan murid sebagai hukuman kerana mendenda anaknya.
Menurutnya, anaknya trauma sehingga tidak mahu hadir ke sekolah. Dakwanya lagi, anaknya cedera tidak dapat mengambil air wuduk kerana kesakitan didendan oleh ustazah tersebut.
Video tersebut telah mengundang rasa marah orang ramai yang merasakan perbuatan itu sangat tidak bermaruah dan biadap.
“Blah la mak bapak macam ni. Sikit-sikit hal pun nak kecoh nak denda cikgu bagai, hang manjakan la anak hang sangat,tengok nanti anak nak jadi apa. Wei ajar sendri la anak hang,” marah seorang wargamaya.
“Kurang ajar betul dia buat guru macam ni. Biadab sungguh! Suruh dia ajar anak dia sendiri lah kalau tak nak kena denda. Adatlah mengajar, mesti ada denda. Kalau marah pon tak kan sampai suruh guru merangkak. Hati binatang ni. Maruah dan darjat guru itu tinggi. Mereka seperti ibu bapa kita juga. Sampai hati lakukan guru sebegini. Kenapa iblis sangat dalam hati tu lakukan sebegini seperti orang yang tak bertamadun,” luah seorang wargamaya.
“Saya dah tengok video. Saya salute anak murid yang turut ikut serta ustazahnya. Anda semua anak murid yang hebat melindungi bersama gurunya daripada rasa malu. Anda cuba juga untuk mnjaga aib guru anda walau tak mampu pada ketika ini. Anda anak yang hebat. Tahniah ibu ayah yang melahirkan anak-anak ini,” komen seorang wargamaya.
“Allahuakbar, mana la nilai manusia ni. Menjatuhkan maruah seorang pendidik depan anak muridnyam” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan dan 16,000 perkongsian di Facebook.
Must-Watch Video