Skip to main content

Budaya Popular

Di Sebalik Nazar Cukur Kepala Nabil, Proses Berpantang Ayda Di Hotel, Uniknya Nama Aali Mateen & Sisi Kakak Sulung Ana Nayla

ayda-jebat-nabil-mahir-aali-mateen.jpg

“Kemudian, bila tengok dia minum susu pun, boleh tahan. Untuk minggu pertama, sepatutnya dia minum 1.5oz. Tapi dia dah minum sampai 3oz. Sekarang dah nak masuk 4oz!” katanya lagi.

Mengelolakan anak kedua selepas pengalaman membesarkan Ana Nayla memberikan satu dimensi baharu buat Nabil dan Ayda.

“Pengalaman yang kami dapat sebelum ini membuatkan kami lebih bersedia dan faham apa nak buat. Kami tak rasa kekok nak pegang baby, terutama bayi yang baru lahir.


“Waktu dengan Nayla kami takut-takut nak dukung dan nervous sangat. Tapi untuk anak kedua ini, kami lebih yakin. Alhamdulillah, pengalaman dapat memperbaiki dan menambah baik diri kita,” kongsi Nabil.

Ayda Berpantang di hotel

Berbeza dengan Ana Nayla, Ayda melalui proses berpantang selepas melahirkan Aali Mateen di Hotel Royal Chulan, Damansara dengan kehadiran confinement lady secara berjadual bagi merawat penyanyi itu selama 30 hari.

BERITA TRENDING: Ayda Jebat Dedah Wajah Anak Kedua, Pilih Nama Aali Mateen! Netizen Komen - “Handsome!"

“Kita pilih hotel instead of confinement center sebab kita tidak melalui tempat berpantang. Sebaliknya, kita dengan confinement lady yang kita dah selesa sejak kelahiran Nayla lagi.

“Dia tiada center dan kebetulan rezeki, Royal Chulan nak kolaborasi dengan kita dan nak sponsor. Jadi kita pun cuba,” kongsi Nabil.

Pemilihan nama Aali Mateen

Menurut Nabil, sepatutnya dia dan Ayda mahu mengekalkan initial AN untuk anak kedua. Tetapi, keputusan itu dibatalkan kerana mereka mahukan initial yang berbeza-beza untuk anak-anak mereka.

“Nama Ana dulu dipilih berdasarkan nama mak Ayda dan mak saya. Jadi, untuk anak lelaki, kami pilih pangkal nama kedua dengan huruf M sebab ayah saya namanya bermula huruf M, begitu juga ayah tiri Ayda.

BERITA TRENDING: Ayda Jebat Syukur, Selamat Bersalin Anak Kedua - “Sekarang Mommy And Dadaa Back To Zombi World”

“Jadi, selepas bersetuju initial AM, baru kami cari nama untuknya. Signifikannya nama Aali Mateen ni tentulah kita memilih nama yang memberi maksud yang baik dalam Islam. Itu keutamaan kami. Masa pilih tu, of course nak nama yang glamor dan bunyi macam superstar.

“Tapi bila fikir balik, kalau sedap macam mana pun, tapi tiada maksud baik dalam Islam, it’s defeat the purpose. Apa yang penting, nama tu mesti baik dalam Islam. Tambahan pula Aali dan Mateen termasuk dalam 99 nama Allah, jadi bila dah dapat tu, kami rasa nama ni sangat kuat.

“Kalau nak tahu, Ayda yang cadangkan nama Aali Mateen tu. Mula-mula macam sangsi, tapi bila tengok muka Aali Mateen, okey sesuai. Jadi, kita setuju untuk pilih Aali Mateen,” terang Nabil panjang lebar.

Ana Nayla bergelar kakak

Nabil akui, hal yang paling membuatkan dirinya berasa gentar adalah bagaimana penerimaan Ana Nayla terhadap adiknya, Aali Mateen.

“Alhamdulillah, it was a big surprise. Nerve wrecking juga. Pertama kali Nayla jumpa baby, parents saya bawa ke hotel. Dia sampai sahaja, saya terangkan padanya, ‘Remember mommy got baby in the tummy?’



“Dia angguk dan saya terangkan yang baby dah keluar. Bila Nayla tengok Aali Mateen atas katil, dia minta tolong dukung. Bila saya cakap: ‘This is the baby’, dia pegang kepada Aali Mateen dan terus cium. Kami berasa gembira dan bersyukur sangat sebab sebelum ni, kita tak pasti dia faham atau tidak.

“Dan sejak itu, nampak perangainya dah berubah sedikit… dia dah jadi kakak-kakak sikit. Bila kita minta tolong apa-apa, dia ringan tangan. Dan dia akan menjadi sangat excited kalau ada apa-apa yang related dengan Aali Mateen,” kongsi Nabil sebelum menutup bicara.

BERITA TRENDING: Sibuk Jaga Anak, Berat Ayda Jebat Turun Sampai 45 Kilogram - “Lagi Ringan Berbanding Sebelum Hamil, Saya…" 

Untuk rekod, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan menerima kelahiran Ana Nayla pada 21 September 2021.

Must-Watch Video

Advertisement