Primadona filem Melayu, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Kak Ogy teruja menceritakan pengalamannya di set penggambaran filem Pusaka.

Menjadi filem seram pertama lakonannya semenjak empat dekad melibatkan diri dalam industri hiburan, Kak Ogy merealisasikan watak Opah.

"Ada babak-babak yang menuntut Opah untuk 'terbang' dan 'terangkat' ke udara. Jadi, saya kena 'rigging' menggunakan tali.

"Saya akui, selain penghayatan lakonan, ia menuntut stamina dan kekuatan fizikal. Saya mahu melakukan babak terbabit untuk menjelmakan watak Opah.

"Bayangkan, di usia 56 tahun, saya kena ikat, 'rigging'... Saya mampu menjayakan babak sebegitu. Saya rasa seksi, dah macam Lara Croft pula," selorohnya.

Tambah Kak Ogy, Pusaka menjadi naskhah seram pertama yang dijayakan kerana sebelum ini, dia tidak pernah menerima pelawaan untuk menjayakan watak sebegitu.

"Empat dekad saya berlakon, tiada produser atau pengarah menawarkan saya untuk membintangi karya seram atau misteri.

"Saya menerima tawaran untuk menjayakan Pusaka kerana jalan cerita dan skripnya yang baik. Pengarahnya juga seorang yang berbakat," katanya lagi.


Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.