Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Dia Adalah Teman Lelaki Saya" - Alya Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua

Zulaikha Yusof 28/07/2020 | 02:18 MYT
Pelakon baharu Alya Iman, 19, tampil mengesahkan foto bersama seorang lelaki yang tersebar di laman sosial itu adalah teman lelakinya, Ridhwan Rosli.
Ketika dihubungi Gempak, Alya menyatakan Ridhwan sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini.
"Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli.
"Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini," katanya.
Sementara itu, pelakon drama Senafas Rindu itu mengambil pendekatan untuk tidak terlampau mendedahkan mengenai kisah percintaan mereka.
Malah, kata pemilik nama Nur Alya Iman Azmil dia tidak akan sembunyi sekiranya mempunyai perancangan untuk berkahwin.
"Kalau ada rezeki dan kalau ada yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa.
"Saya akan cuba untuk keep it personal tentang hubungan saya dengan Ridhwan," katanya lagi.
Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.
BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman
Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.
BACA: Isteri Ahli Perniagaan Dakwa Suami Jalin Hubungan Sulit Dengan Pelakon Alya Iman?
BACA: "Sila Hormat Gambar Anak Saya" - IG Bekas Kekasih Alya Iman Diserbu 'Tentera Bawang'
BACA: "Saya Muda & Naif" - Alya Iman Minta Maaf Secara Terbuka
BACA: Bekas Teman Lelaki Alya Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang
Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.
BACA: "Dia Menipu!" - Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang, Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut...
Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.
BACA: "Saya Dah Habis RM2.3 Juta" - Individu Mengaku Bekas Teman Lelaki Alya Iman Bersuara
#Teman Lelaki #Alya Iman #Pengganti
;