Berita

"Dia Bekas Tunang Dan Kami Tiada Kaitan Lagi" - Hafreez Enggan Komen Isu Penyebaran Video Mesej Perbualan Zara Zya

ZULHILMI JALIL
20/12/2019
00:37 MYT
Pelakon Hafreez Adam enggan mengulas lanjut mengenai penyebaran video paparan mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang mengaitkan bekas tunangnya, aktres Zara Zya dengan individu lain baru-baru ini.
Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan, 29, menegaskan, dia tidak mahu dikaitkan lagi dengan pelakon drama Tuan Anas Mikael itu.
"Sejujurnya saya memang dah tak nak beri komen lagi mengenai dia (Zara). Hari yang saya buat keputusan untuk berpisah adalah hari yang saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan dia.
"Jadi, saya tidak mahu komen mengenai isu video perbualan itu sebab dia tiada kaitan dengan saya dah. Dia bekas tunang dan kami tiada kaitan lagi," katanya seperti yang dilapor portal Mstar.
Sebelum ini, sepotong video yang memaparkan rakaman perbualan mesej yang mendakwa Zara dengan seorang individu lain tersebar.
Perbualan mesra itu dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan mereka terlerai.
Bagaimanapun, Zara kemudian menafikan dakwaan yang mengatakan wujud orang ketiga dalam perhubungan mereka sebelum ini.
BACA: Zara Zya Nafi Putus Tunang Kerana Ada Hubungan Dengan Wanita
Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu selepas dikatakan mula menjalin hubungan apabila digandingkan bersama dalam drama Mona Lisa
Bagaimanapun, hasrat mereka untuk mengakhiri zaman bujang pada 10 Oktober 2020 tidak kesampaian apabila mereka dilaporkan memutuskan ikatan sebulan selepas bergelar tunangan.
Sumber: Mstar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.
Hiburan

“Dah Boleh Duduk Perlahan-Lahan, Sedikit Berjalan” - Zara Zya Syukur Selamat Jalani Pembedahan

gempak
03/06/2024
15:00 MYT
Pelakon, Zara Zya selamat menjalani pembedahan membuang beberapa ketumbuhan serta rawatan untuk dua sindrom yang dihidapinya iaitu Cervical Facet dan Lumbar Facet Syndrome.
Hiburan

Lakonan Terdahulu Dikatakan ‘Kayu’, Hafreez Adam Tak Ambil Hati - “Saya Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Dengan...”

gempak
01/04/2024
09:55 MYT
Hafreez dah nampak matang dari segi lakonan.
Hiburan

Raja Azura Puji Lakonan Hafreez Adam Dah Tak ‘Kayu’ - “Saya Nampak Kematangan Dalam…”

gempak
28/03/2024
06:55 MYT
Raja Azura puji la Hafreez!
Hiburan

“Memang Saya Tak Pernah Memilih Pun” - Zara Zya

gempak
10/03/2024
13:55 MYT
Zara tak kisah pegang watak sama.