Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Dia First Love Saya" - Hafidz Roshdi

Gempak
16/12/2023 05:29 MYT
"Dia cinta pertama saya," demikian kata-kata Hafidz Roshdi yang mengesahkan telah berkahwin dengan Athira Yuhada pada Jumaat.

BERITA TRENDING: Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah

Mengenali Athira sejak berusia 15 tahun, Hafiz bersyukur diberikan peluang untuk kembali bergelar suami.

"Athira cinta pertama saya. Kami berkawan sejak berusia 15 tahun dan pernah bercinta. Alhamdulillah, saya bersyukur Allah beri peluang untuk saya jadi suami sekali lagi.
"Insya-Allah, saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik.

"Moga pernikahan ini kekal hingga akhir hayat... Doakan yang terbaik untuk perkahwinan kami," katanya memetik laporan Berita Harian.

PILIHAN PEMBACA: Hafidz Roshdi Hidap Bipolar Sejak 3 Tahun Lalu - “Perlu Check Saya Punya Kestabilan Hormon”

Hafidz bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam tadi dengan sekali lafaz.

Pada majlis pernikahan itu, Hafidz menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pengantin perempuan.

Hafidz berkata, Athira menerima dirinya seadanya. Hafidz juga enggan berfikir mengenai komen negatif yang dilayang susulan pernikahannya itu.

"Athira terima segala kekurangan dan terima saya seadanya. Saya juga tak mahu ambil kisah apa orang cakap. Biarlah apa mereka nak cakap," katanya.

Sebelum ini, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.

Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Sumber: BH Online

#pelakon #Kahwin #Viral #Nikah #Hafidz Roshdi #Athira Yuhada
;