Laman Utama
Hafidz Roshdi Hidap Bipolar Sejak 3 Tahun Lalu - “Perlu Check Saya Punya Kestabilan Hormon”
“Saya berserah semua pada yang Esa… yang mana semua keputusan yang baik untuk saya,” kata Hafidz Roshdi yang ditemui pengamal media di Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bahru pada Rabu.
Hafidz bersama peguamnya hadir ke mahkamah susulan kes perbicaraan berhubung dakwaan memukul bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang masih dalam proses
Pada temu bual tersebut, Hafidz turut mendedahkan dia kini mendapatkan rawatan susulan di Hospital Shah Alam berikutan masalah kesihatan mental yang dialaminya iaitu Bipolar sejak tiga tahun lalu.
Advertisement
“Keadaan kesihatan saya okey, Alhamdulillah. Saya sudah rujuk dengan pihak hospital untuk masalah kesihatan mental saya iaitu Bipolar sejak tiga tahun lalu.
“Saya perlu dapatkan rawatan dan preskripsi ubat selain perlu check saya punya kestabilan hormon,” kata Hafidz.
Dalam pada itu, Hafidz turut memberitahu aktiviti seninya masih berjalan seperti biasa biarpun terpalit dengan kontroversi rumah tangganya.
“Aktiviti seni terus macam biasa saja… masih ada lagi (tawaran berlakon) cuma itulah masa tak mengizinkan. Tak ada halangan (untuk pihak tawarkan lakonan) boleh saja, Insya-Allah,” ujarnya.
BACA SINI: Hafidz Roshdi Menyanyi Lagu ‘Cinta Tiga Segi’ Dengan Janna Nick, Komen Shuhada Pula ‘Win’!
Mahkamah pada Rabu telah menetapkan tarikh 6 dan 7 Februari 2024 bagi perbicaraan semula kes dakwaan Hafidz memukul bekas isterinya.
Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret di Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu.
Terdahulu pada sebutan kes 9 Jun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.
Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.
Pada 2 Mac lalu, Shuhada telah membuat laporan polis di selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.
Must-Watch Video