Viral
"Dia Gam Je Doh" - Gadis Ini Dakwa Kaktus Warna-Warni Hanya Tipu Helah Penjual, Tapi Hakikatnya ...
Seorang pengguna Twitter mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pendedahan bahawa pokok kaktus berwarna-warni hanyalah tipu helah penjual.
Kata pemilik akaun berkenaan, pokok kaktus jenis moon yang punyai warna seperti kuning dan merah jambu digam atau dicantumkan menggunakan lidi.
"Hari ini aku nak bongkarkan scam kaktus warna-warni ni.
"Sebenarnya dia adalah dua pokok berbeza. Dia gam je doh.
"Sebab tu kalau korang cuba biakkan dia tak jadi-jadi," tulis gadis terbabit.
Bagaimanapun, perkongsian itu mendapat bantahan netizen apabila ia sebenarnya teknik grafting (cantuman) dua pokok yang sering dilakukan dalam bidang hortikultur.
"Ini bukan scam. Ini namanya kahwin atau tut. Pernah tengok pokok kertas tapi ada banyak warna?
"Sebenarnya pokok kertas tu hasilkan satu warna sahaja, tapi dengan dihiris pucuk dari bunga kertas yang warna lain dan dicantumkan.
"Sebab tu ada plastik. Gunanya plastik tu untuk wrapping cantuman tu supaya sampai tisu kulit pokok tu bersambung dari pucuk ke pokok asal.
"Teknik ni banyak digunakan dengan pokok bunga dan pokok buah.
"Contoh lain, pokok durian. Kenapa ada orang panggil durian kahwin? Mana datang kahwin tu?
"Dari teknik ni la. Dari pokok asal pokok durian kampung dipanggil pokok penanti, disambung dengan pucuk dari musang king. Buahnya menghasilkan buah musang king," jelas pemilik akaun @SolihinYasin.
Ini bukan scam la. Ini namanya kahwin/tut/grafting. Pernah tengok pokok kertas tapi ada banyak warna?
Sebenarnya pokok kertas tu hasilkan satu warna sahaja, tapi dengan dihiris pucuk dari bunga kertas yang warna lain dan dicantumkan https://t.co/APqUYoi7O9— صَلْ (@SolihinYasin) June 23, 2020
Tambahnya, kesan gam seperti yang dinyatakan merupakan tisu yang terbentuk antara dua pokok yang melalui proses tut.
"Bila dia kata nursery tu gam je maknanya cantuman berjaya. Sebab tisu kedua-dua dah bersambung.
"Orang yang buat sangat seni. Tangan kena steady, pisau kena tajam.
"Kebaikan teknik ni pucuk/scion tu mengekalkan “identiti” dia. Walaupun tumpang pokok penanti dari jenis lain, pucuk tu tetap ikut asal dia," katanya lagi.
Must-Watch Video