Pengarah drama rantaian popular Hati Yang Dikhianati (Hati Yang Dikhianati), Bade Azmi memuji sikap profesional Iqram Dinzly sepanjang penggambaran drama terbabit.

BACA: "Ngeri, Kejam, Ganas" - Peminat Sakit Hati Tengok Isyariana Kena 'Tibai' Dengan Iqram Dinzly, Macam Real!

Kata Bade, Iqram punyai aura tersendiri dan tidak kekok untuk mengarahkannya. Malah, tambah Bade, sikap Iqram di set penggambaran juga jauh bezanya daripada netizen tularkan.

"Dari sudut imej dan lakonan, bukan penoton sahaja tetapi pelakon-pelakon HYD pun terasa geram dengan wataknya. Iqram ada aura dia sendiri. Dia sudah build up diri sendiri sebagai Iqram dan sudah ada pengaruh sendiri.

"Orang rindu nak tengok lakonan dia dan peminat menanti kehadiran dia kembali di layar. Bila dia muncul dalam drama HYD, beri tamparan hebat juga kepada semua," ujarnya.

A post shared by Iqram Dinzlycious (@iqramdinzlycious)


Dalam pada itu, Bade menyifatkan keperibadian Iqram jauh bezanya daripada kisah yang ditularkan oleh netizen selama ini.

"Dia senang bekerja dan tidak seperti orang bayangkan. Saya kenal dia sudah lama sejak dia remaja, lebih 20 tahun dan saya tak jumpa dia agak lama. Saya hanya tengok dari IG dan komen-komen di sosial media.

"Selepas jumpa dia balik, dia masih Iqram yang dulu. Sebenarnya seperti bumi dan langit dari seperti orang cerita. Dia profesional dan tiada masalah langsung. Ok dan saya suka bekerja dengannya," tambah Bade.

Iqram memegang watak sebagai seorang bekas banduan dan teman lelaki Maria. Seorang psikopat dan conman, yang ada niat untuk merampas legasi Solis dan mentajuhkan Dato Ghafar dan keluarga, dengan bekerjasama dengan Maria.

Hati Yang Dikhianati melalui transisi berbeza apabila setiap plot direka mengikut cadangan yang diutarakan oleh penonton. Jadi, Iqram antara pelakon yang dimasukkan dalam drama adaptasi Mis Tres Hermanas ini.

Selain Iqram, Elizad juga antara pelakon yang mengisi plot baharu Hati Yang Dikhianati.

"Kita sudah lebih setahun membawakan drama ini dan selepas dapat reaksi penonton dan kita juga mahu customise-kan drama ini dan tak ikut cerita asal seperti janji kita kepada penonton.

"Sampai masa kita buat perubahan dan customize ikut penonton. Dari reaksi yang kita terima, kita perlu buat pembaharuan dan perubahan. Selepas berbincang selama tiga kali, kita bercadang untuk masukkan pelakon-pelakon baru.

"Bukan untuk ubah atau tukar watak cuma menambahkan lagi watak untuk lebih konflik supaya lebih menarik. Refresh kan cerita agar lebih menarik," ujar Bade lagi.

Sinopsis

Perjalanan kisah antara Elyas dan Lisa terus diduga, kali ini dengan kehadiran Samir yang kini nekad untuk memenangi hati Lisa. Kemunculan Tasya yang semakin lama mendekatkan diri dengan Elyas sedikit sebanyak mula menggubah perasaannya. Mampukah Elyas dan Lisa menyelamatkan sisa kisah cinta mereka.

Kebenaran tentang Elyas dan Maria bakal menguji keluarga Iskandar yang kini berantakan. Azran - seorang lelaki misteri - yang muncul dan mula mengganggu hidup Maria juga membuka kisah lama. Hubungan suami isteri antara Syaz dan Imran semakin dingin dengan kehadiran Adam.

Saksikan Hati Yang Dikhianati setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di saluran Astro Prima atau boleh distrim di Astro Go dan Ultra Box.