Ramadan adalah bulan istimewa kepada seluruh umat Islam.

Rata-ratanya saling berlumba-lumba mengutip pahala dalam mengerjakan ibadah.

Namun, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas kebajikan yang dilakukan umat Islam.

Menerusi ciapan pengguna yang bernama Wan Azril, dia meluahkan rasa terkejut akan tindakan penjual yang menjual produk makanan berkonsepkan 'Membeli Sambil Beramal'.

Antara makanan yang dijual adalah jus madu buahan, kekacang, serunding, sambal hitam dan rempeyek.

Setiap produk itu dijual bermula dengan harga RM100 sehingga mencecah RM500.

Malah, penjual tersebut menyatakan setiap makanan yang dijual itu diiringi dengan doa dan zikir.

"Terbantut niat aku nak menolong mat.. Rempeyek sebalang RM100!!!" tulisnya di laman Twitter.



Menjengah di ruangan komen, netizen mula meluahkan rasa sangsi terhadap tindakan penjual tersebut kerana menyifatkan harga setiap produk itu tidak masuk akal.

"Gila apa? Dia pakai bahan dari langit mana ni?

"Membeli sambil beramal ke hilang akal? Lain macam tiga barang RM500.

"Fuhh.. Berdesup pemilik menunggang," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Berdasarkan details di poster, hasil jualan akan digunakan untuk sahur, iftar dan moreh anak-anak Asnaf.

Di samping itu, akan juga digunakan untuk tujuan kebajikan keluarga-keluarga Asnaf.


Twitter: @wan_azril