Pelakon filem Kelaster, Meerqeen mahu mencabar diri dengan membawakan watak Usop dalam filem berkenaan.

Menurut Meerqeen, dia ingin mengambil peluang keemasan ini untuk menunjukkan kemampuannya dalam bidang lakonan walaupun pertama kali berlakon filem.

“Yang membuatkan saya berani untuk membintangi Kelaster adalah sebab saya sukakan cabaran. Walaupun gementar tapi saya cabar diri untuk lakukannya.

“Jadi apabila diberi peluang untuk membawakan watak Usop, saya buat sehabis baik. Kalau nak tahu Kelaster merupakan antara filem terawal yang panggil saya untuk berlakon.

“Jadi rasanya tak salah kalau gunakan Kelaster sebagai platform untuk saya debut dalam bidang ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Korang rasa suara apa yang Usop dengar tu? Meremang pulak min dengar..?? Nak tahu apa jadi dengan Usop jom tonton Kelaster sekarang! . KELASTER KINI DI PAWAGAM RUMAH ANDA! Untuk melanggan sila ke Saluran 480, Astro First! . @azhan_rani @noradanish @acheykintangkintung @meerqeen @amyzaaznankaaia @ajiboy7 @d.alphalegacy . #Kelaster #FilemKelaster #Kelas_ter #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Mengulas mengenai wataknya, Meeqeen memberitahu ada sebahagian perwatakan karakter itu menyamai dirinya.

“Saya memegang watak Usop yang mana dia merupakan seorang pelajar yang macho dan kelakar. Namun dia selalu merasakan dirinya seorang yang bagus padahal tidak pun sebenarnya. Feeling-feelinglah orang kata.

“Sejujurnya saya enjoy memainkan peranan Usop sebab adakalanya karakter itu sebenarnya menyerupai perangai saya,” katanya ketawa.

Selain Meerqeen, Kelaster juga dibintangi oleh Nora Danish, Achey, Amyza Aznan dan Azhan Rani, Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang telah pun ditayangkan sejak 24 September lalu.

Jadi bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan Kelaster di pawagam rumah anda di Astro First (saluran 480).