Pelakon Siti Saleha, 33, tidak menolak dakwaan mengenai dirinya yang ketika ini dikatakan sedang berkenalan dengan seorang lelaki.

Enggan lagi menghebohkan hal berkenaan, pemilik nama lengkap Siti Saleha Baharum berkata, dia akan mendedahkan mengenai perkara tersebut kepada umum seandainya sudah bersedia.

“Kalau saya sudah bersedia saya akan kongsikan kepada semua di Instagram saya. Anytime from now je saya boleh tunjuk.

“Tapi buat masa sekarang, mereka yang terdekat dengan saya je yang tahu lah, walaupun saya tak pernah kongsi gambar.

“Saya bersedia kawan dengannya dan dia adalah seorang lelaki yang baik,” ujarnya ringkas kepada Gempak.

Saleha berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan perdana drama original bersiri Viu lakonan terbaharunya berjudul Hilang, di Dadi Cinema Pavillon Kuala Lumpur, pada Rabu.

Sementara itu, diminta untuk mengulas mengenai penampilannya yang dikatakan semakin seksi lepas berpisah dengan bekas suami, Saleha berkata dirinya masih tahu menjaga batas sebagai seorang wanita.

Woman are always sexy, tapi batasan itu saya tahu macam mana nak jaga.

“Saya gembira dengan kulit saya, saya tak suka orang bercakap pasal saya, saya tahu jaga diri.

“Mak ayah saya pun tiada cakap apa-apa, saya dah 33, inilah saya, tak suka tidak apa lah,” tambahnya.

Untuk info, Siti Saleha sah bercerai dengan bekas suami, Ahmad Lutfi Azhar pada Junuari lalu selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

Sinopsis:

Hilang mengisahkan tentang Inspektor Munir, penduduk tempatan dalam sebuah bandar fiksyen, Seri Daik yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan. Munir bertemu Yusof, seorang guru agama yang dituduh Munir sebagai punca kematian adiknya semasa satu upacara rawatan yang gagal. Yusof percaya yang pelakunya bukanlah dari dunia ini. Apabila seorang lagi remaja hilang atas sebab misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Seri Daik.

Saksikan Hilang menerusi platform Viu yang boleh dimuat turun secara percuma melalui aplikasi App Store, Google Play, Huawei App gallery dan TV pintar terpilih serta laman web www.viu.com

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!