gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
ERA Lancar Kelas Perpaduan Untuk Rakyat Malaysia
HIBURAN
Aadhira: Siri Drama Pejuang Wanita Mangsa Penderaan
DRAMA
Ramai Masih Geram dengan Tajul! Watch Party ‘Dia Bukan Syurga’ Meriah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Diam Membisu! Ruangan Komen Instagram Eleena Sui 'Diserang', Netizen Rancak Tinggal Komen Lucu - "Bas Tertinggal Aku Baru Sampai"

Zulaikha Yusof
Zulaikha Yusof
11/03/2021
06:00 MYT
Sponsor Banner
Diam Membisu! Ruangan Komen Instagram Eleena Sui 'Diserang', Netizen Rancak Tinggal Komen Lucu - "Bas Tertinggal Aku Baru Sampai"
Nama pelakon Eleena Sui, 29, menjadi topik hangat dalam kalangan warganet selepas terbongkar kehadirannya di majlis perkahwinan aktres Hannah Delisha dan Imam Shah di Singapura.
Menerusi foto yang dimuat naik oleh ibu mentua Hannah iaitu Marina Yati, Eleena kelihatan berbadan langsing berbanding dengan posting yang dibuatnya sewaktu mengumumkan berita kehamilan pada 5 Februari lalu.
Eleena yang tersenyum lebar dilihat diapit oleh Hannah dan Imam di atas pelamin.
Hasil pencarian di Instagram (IG), Eleena juga ada berkongsi foto menggayakan busana yang sama seperti dalam foto Marina dan kelihatan seolah-olah duduk di pelamin yang mirip dengan Hannah.
Bermula dari situ tarikh perkahwinan Hannah dan Imam menjadi tanda tanya kerana foto Eleena dikongsi pada 19 Februari 2020.
Selepas kecoh di platform media sosial, ruangan komen bekas hos saluran hLive ini mula meriah dan dipenuhi dengan komen-komen lucu daripada netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, pemilik nama Nor Eleena Hamzah sudah menerima lebih daripada 1,300 komen dan hampir 9,000 tanda suka (liked).
Gempak masih cuba menghubungi Eleena namun tidak berjawab serta tidak membalas kiriman whatsApp yang dihantar.
Semalam, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch tampil memuat naik kenyataan di Instagram Stories untuk meleraikan persoalan yang timbul mengenainya, sejak akhir-akhir ini.
BACA: Assalamualaikum, Saya Mohon Maaf...Sama Macam Orang Lain, Saya Pun Ada Masalah Peribadi ..." - Hannah Delisha Akhirnya Bersuara
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Netizen
#Hannah Delisha
#Eleena Sui
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement