Skip to main content

Trend Pasaran

Dianyam Dengan Kasih Sayang! Beg Sekolah Tali Rafia Biru Tular

beg-rafia-header.jpg
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa!

Itu perumpamaan paling tepat menggambarkan kisah yang berlaku di Kemboja baru-baru ini.

Seorang bapa menganyam tali rafia hingga menjadi sebuah beg sekolah untuk anak lelakinya.

Kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Sophous Suon itu tular dan meraih perhatian ramai.


Beg tali rafia biru itu lebih menarik apabila turut dilengkapi dengan tali hitam dan kancing sebagai penutup beg.

Difahamkan beg tersebut dianyam oleh bapa kanak-kanak lelaki itu kerana tidak mampu membelikan beg sekolah yang sebenar.

"Ia cantik dan tahan lasak! Saya yakin orang Barat akan menirunya untuk diperluaskan dalam bidang fesyen kelak," tulis salah seorang pengguna.

"Jangan pandang rendah beg macam ni. Hand made biasanya mahal. Kat kedai tak ada jual," tambah pengguna lainnya.

"Ayah penyanyang hadiahkan beg sekolah bespoke kepada anaknya," sahut pengguna yang lain.

"It happens in Sabah & Sarawak. These artistic pure handcraft beauties are the best than those quality looking cheap material (sometimes branded) which are sold with outrageous price. 

"Couldn't blame parents with such gifted hand to do these crafts,"
 tambah pengguna lain.

Advertisement

Must-Watch Video