Laman Utama
Diberi Bantuan Oksigen, Najman, Isteri & 2 Anak Positif Covid-19
Bekas penyampai radio Sinar FM, Najman Mohamed, 51, disahkan positif COVID-19 dan perlu bantuan oksigen.
Najman memaklumkan dirinya positif selepas menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR).
“Demam melampau level oksigen bawah level 92 atas nasihat doktor guna oksigen.. Ya Allah sembuhkan penyakit hambamu…Covdi-19 fighter,” katanya.
Najman berkongsi keadaannya itu di akaun Facebooknya.
Dalam entri yang sama dia memuat naik fotonya terlantar di hospital dan diberi bantuan oksigen.
Difahamkan, Najman kini menjalani rawatan di Hospital Pakar Puteri (KPJ), Johor Bahru menggunakan bantuan oksigen berikutan tekanan yang rendah.
Selain Najman, isteri, Hawa Atan dan dua cahaya mata, Amirul Akidd serta Amirul Akiff turut disahkan positif.
Sementara itu, menerusi laporan BH Online, isterinya yang berada pada tahap empat, namun semakin pulih dan mungkin dibenarkan keluar hospital. Manakala, dua anaknya hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.
"Saya kini memerlukan bantuan oksigen kerana sudah berada pada tahap empat, manakala isteri beransur pulih. Insya-Allah, sekiranya tiada apa-apa, isteri dibenarkan keluar hospital, esok," katanya.
Pada Julai lalu, Najman kehilangan adik, Azman Mohamed, 45, dan isterinya, Norashima Ramli, 44, akibat COVID-19.
Pasangan berkenaan meninggalkan tiga cahaya mata berusia lima hingga 21 tahun yang turut disahkan positif.
Beberapa hari sebelum adik dan isterinya meninggal dunia, dia kehilangan seorang sepupu yang turut menjadi mangsa COVID-19.
Must-Watch Video