Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

Gempak
15/09/2024 20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.

BERITA TRENDING: Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

Polis menahan lima orang berhubung melaksanakan hukuman bunuh ke atas mangsa tanpa perbicaraan di Daerah Sukma, lapor media tempatan.

Kejadian ini berlaku susulan pembunuhan empat anggota sebuah keluarga pada Khamis (12 September) di Daerah Balodabazar-Bhatapara di negeri itu yang didakwa menggunakan ilmu hitam.

Insiden keganasan kumpulan perusuh kerap berlaku di India dan orang ramai boleh dibunuh atas alasan remeh seperti mengamalkan ilmu sihir, mengangkut lembu atau memakan daging lembu.

Kementerian Dalam Negeri pada 2022 memberitahu Parlimen India bahawa Biro Rekod Jenayah Nasional (NCRB) tidak menyimpan data berasingan bagi kes pembunuhan oleh kumpulan perusuh. - Bernama

BERITA TRENDING: "Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

BERITA TRENDING: Wak Doyok Derita Kena Santau Angin - “Bila Waktu Maghrib, Saya Batuk Teruk”

BERITA TRENDING: “Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

#Viral #India #Pukul #Mati #Ilmu Hitam #Lembu #Perusuh