,
Hiburan

Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

Asyikin Mayudin
12/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Harris Anuar memaklumkan ibunya yang juga usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.

4 kali pembedahan

Tidak tahu siapa yang menghantar sihir tersebut, Harris mendedahkan ibunya juga terpaksa melalui empat kali proses pembedahan sepanjang dua tahun disebabkan mengalami sakit belakang secara tiba-tiba.

“Sebenarnya mak saya kena sihir ini sejak 2016 dan ikutkan cerita ini hanya keluarga saja tahu. Cuma mak saya ada kongsikan sebab orang nak tahu manakah kak Ton.

“Saya tak pasti siapa individu yang menghantar sihir. Saya pelik bila tengok keadaan dia yang mana dia tiba-tiba sakit belakang, jalan pun bongkok dan kaki dia mula kebas.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

ARTIKEL BERKAITAN: “Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Tak Nak Kaya Tapi Nak Bebas Sihir, Mahu Jodoh Dikirim Allah - "Aku Reda Tak Dapat Jodoh Di Dunia, Kahwin Tak Boleh Dipaksa"

“Malah, disebabkan sakit belakang itu juga dia memerlukan pembedahan sebanyak empat kali dalam masa dua tahun. Bila pembedahan keempat tu, doktor sendiri cakap dah pelik sebab sakit itu bukan dari segi scientific.
“Tak logik buat empat kali tapi masih gagal. Doktor sarankan untuk mak saya pergi berubat secara Islam dan memang sah mak saya kena buatan,” katanya kepada Gempak.
Harris berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pengumuman barisan peserta Muzikal Lawak Superstar 4 di Zeb Square, Kuala Lumpur pada Rabu.

Alami muntah

Syukur keadaan semakin baik, Harris turut memberitahu ibunya pernah mengalami muntah seperti buih selepas berubat.
“Alhamdulillah, sekarang ini dah semakin baik sebab kita pun dah tahu punca dia. Kita dah selalu berubat sehingga sekarang. Masa pertama kali berubat tu, kaki dia dari kebas terus boleh berjalan.

“Lepas pada berubat juga, mak pernah muntah yang macam berbuih. ikutkan mak memang tak pernah sakit. Ikutkan mak mula rasa kaki kebas setiap kali nak keluar rumah pada 2016.

“Kemudian sakit belakang pada 2019 dan mula jalani pembedahan pada 2023 dan 2024,” ujarnya.

Nampak pocong

Dalam pada itu, Harris berkata dia juga pernah ternampak kelibat ‘pocong’ disebabkan terkena tempias dari sihir yang dihantar kepada ibunya.

“Dulu saya pernah juga tempias sikit, tapi sekadar sikit-sikit saja. Kadang-kadang saya ada nampak benda kelibat, bukan sahaja di rumah tapi bila dekat luar pun sama.

“Saya pernah nampak pocong, tapi tak tahu saya ada dengar pada ustaz, bila nampak pocong tanda kita kena tempias sihir sebab susah sebenarnya orang nampak kelibat pocong.
“Ikutkan mak dah lama kena sihir, sebelum 2016 lagi… tapi sebelum itu kena dekat kedai, orang lalu kedai mak, tapi tak nampak kedai. Bila berubat, jadi okay. Lepas itu, datang balik sihir,” katanya.
Terdahulu, Kak Ton mendedahkan dirinya baru pulih dari sihir dan kini kembali meneruskan perniagaannya.
Kak Ton atau nama sebenarnya Dr Zaiton Hassan, 66, mendakwa kejayaan perniagaannya sekitar 2015 membuatkan beberapa individu terdekat menyimpan dengki dan menghantar ilmu hitam terhadapnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zoey Rahman Disihir, Kerap Muntah, Jadi Pemarah & Alami Kemurungan - "Saya Rasa Biasa Tetapi Pekerja Mula Tegur..."

gempak
18/10/2024
01:55 MYT
Pelakon, Zoey Rahman mengakui dirinya menjadi mangsa sihir atau buatan orang.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tak Serik Berada Di Pentas Komedi, Harris Anuar Anggap Diri Bukan Pelawak Tapi…

gempak
09/10/2024
06:55 MYT
Tersingkir di minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) pada Ahad lalu, anggota kumpulan Kilo iaitu Harris Anuar berkata dia dan dua orang rakannya tidak berasa kecewa atas penyingkiran tersebut.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Tiga Minggu Berturut Di Kedudukan Terendah, Kumpulan Kilo & Gahai Tersingkir Di Minggu Ketiga, Putehh Pula Menang ‘Gempak Of The Week’

gempak
06/10/2024
18:55 MYT
Kumpulan Putehh berjaya mendapat gelaran ‘Gempak Superstar Of The Week’ minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Berlakon Sebagai Kekasih & Guna Dialog Tak Sesuai Dengan Ibu Rakan Sendiri, Kumpulan Kilo Akui Kesilapan - “Kami Bertanya Terlebih Dahulu Kepada…”

gempak
30/09/2024
11:55 MYT
Melakonkan babak sebagai sepasang kekasih dan menggunakan dialog agak tidak bersesuai dengan ibu rakan sendiri ketika persembahan minggu kedua Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), kumpulan Kilo tampil memohon maaf.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Impian Harris Anuar Nak Beraksi Di Pentas Komedi Tercapai, Bersedia Untuk Curahkan Idea - “Saya Rasa Rugi Kalau Kami Buat…”

gempak
19/09/2024
12:55 MYT
Hasrat pempengaruh media sosial, Harris Anuar untuk beraksi di pentas komedi akhirnya tercapai apabila dia bersama rakannya, Tajuddin Bakar dan pelawak senior, Tapai menyertai Muzikal Lawak Superstar 4(MLS4).
Unitar