Seorang pemain pertahanan Sabah FC, Mohd Rizal Mohd Ghazali mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Isnin, atas dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan kekasihnya di sebuah hotel, dua minggu lalu.
Dia yang juga bekas pemain bola sepak Kebangsaan serta tular mencederakan kekasih sebelum ini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Mengikut pertuduhan, atlet profesional berusia 31 tahun yang beraksi dalam Liga Super ini didakwa memukul Hani Farhana Hasrul Sani, 37 dan melakukan khianat dengan merosakkan telefon bimbit mangsa sama, mencecah kerugian dianggarkan RM4,500.
Dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di sini, pada jam 6 pagi, 7 Jun lalu.
Bagi kes mencederakan kekasihnya, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara kes merosakkan telefon, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu tidak mengganggu mangsa serta saksi.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Datuk Suraj Singh merayu agar kadar ikat jamin dikurangkan kerana anak guamnya telah memberi kerjasama baik kepada pihak polis, sepanjang kes ini disiasat.
"Dia merupakan bekas pemain skuad Harimau Malaya, perlu menanggung ibu bapanya selain tiada risiko untuk melarikan diri," katanya.
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Zhafran membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
Pada dua minggu lalu, Sinar Harian melaporkan, seorang pemain bola sepak tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes kecederaan yang dihadapi teman wanitanya, di sebuah hotel di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, laporan dibuat wanita terbabit pada jam 6 petang, dengan mendakwa berlaku perselisihan faham hingga menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian badan selain telefon bimbitnya dirosakkan.
Sebutan kes ditetapkan 24 Ogos depan.
Sumber: Sinar Harian
Syafiqah Jalal
Mon Jun 19 2023


Pergi Umrah Sebab Trend? Ustaz Kecewa Jemaah Hanya ‘Rajin’ Ketika Di Tanah Suci, Bila Pulang Ke Kampung…
Ustaz ini menganggap ramai mengerjakan umrah kerana trend

KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini
Rancang perjalanan anda

Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.

Sepatutnya Ayda Jebat Sambut Kelahiran Anak Ke-2 Pada Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Tetapi…
Ini sebabnya

“Tak Lama Lagi Giliran Kita” - Azira Shafinaz Beri Bayangan Bakal Kahwin?
Macam tak lama lagi je...

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”
Wah banyaknya!

Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Semoga Sweet dikurniakan zuriat.

GMW Giveaway: Tiket Tapau Fest

GMW Giveaway: Tiket Konsert Butterfingers Malayneum 23

Jijik! Pengkaji Haiwan Lakukan S*ks Dengan 42 Anjing, 39 Mati Terseksa
Adam Britton mengaku bersalah di atas 60 pertuduhan