Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Didakwa Hidap Artritis, Sheila Majid Kesal Ada Pihak Reka Cerita Palsu Untuk Promote Produk - “Merepek!”

Firdaus
05/07/2024 08:42 MYT
Penyanyi Datuk Sheila Majid meluahkan rasa kesal di Instagram apabila terdapat laporan berita palsu yang mendakwa dirinya menghidap penyakit artritis.

Merepek


Menurut Sheila Majid, 59, dirinya menyatakan rasa kekecewaan susulan dakwaan yang direka bertujuan untuk mempromosikan sebuah produk kesihatan.

“Merepek! Ini adalah berita palsu. Jika saya benar menghidap sakit ini, ia telah dilaporkan lima tahun dahulu. Kenapa tidak jujur dalam menjual barang. Tiada keyakinan sehingga menggunakan nama saya,” jelasnya.


Susulan itu, pelantun lagu ‘Dengarkanlah’ tersebut mendedahkan dirinya sudah cuba menjejaki pelaku di sebalik penyebaran berita palsu berkenaan.

“Saya mencari pelaku sejak berita palsu ini tersebar tentang saya menggunakan produk diet untuk kekal langsing. Namun tidak jumpa. Saya tidak jumpa sumbernya. Mereka tahu bagaimana untuk menipulasi sistem dan menyembunyikannya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Sheila Majid Tentang Dunia Muzik: “Nyanyi Bukan Untuk Show Off, Bukan Ambil Exam, Tapi Untuk Passion”

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Majid Bersyukur Dapat Jaga Arwah Ibu Selama Lima Bulan - “Allah Seolah-Olah Memakbulkan Doa Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: Masih Dalam Proses Iddah, Nora Danish Terkejut Ada Pihak Sebar Berita Palsu - “Bila Masa Saya Bagi Kenyataan Seperti Itu?”


Masih sihat

Sementara itu, Sheila sempat memberitahu dirinya berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit pada waktu itu.

Terdahulu, tular satu berita tentang Sheila yang mendakwa penyanyi itu menghidap penyakit artritis namun sudah pun beransur pulih sejak lima tahun lalu.

A post shared by missmajid (@missmajid)

#Artritis #Cerita Palsu #Shiela Majid
;