Laman Utama

Sheila Majid Bersyukur Dapat Jaga Arwah Ibu Selama Lima Bulan - “Allah Seolah-Olah Memakbulkan Doa Saya…”

gempak
Asyikin Mayudin
15/12/2022
07:55 MYT
Sponsor Banner
Sheila Majid Bersyukur Dapat Jaga Arwah Ibu Selama Lima Bulan - “Allah Seolah-Olah Memakbulkan Doa Saya…”
Fasa pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia seakan satu siri ujian buat semua orang namun disebalik itu masih ada terselit hikmah buat penyanyi Datuk Sheila Majid.
Menurut Sheila, fasa itu seperti doanya dimakbulkan Allah apabila dia dapat meluangkan masa selain berbaki kepada ibunya iaitu Allahyarham Datuk Paduka Saadiah Adam sebelum meninggal dunia pada 1 Ogos 2020.
“Saya menyedari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlaku disebabkan pandemik Covid-19 adalah satu rahmat buat saya. Saya banyak mengembara ke sana sini berikutan komitmen kerja sepanjang 2019.
“Disebabkan itu saya selalu berdoa sekiranya apa-apa terjadi pada ibu saya, saya mahu berada di Kuala Lumpur. Dan Allah seolah-olah memakbulkan doa saya apabila seluruh dunia dilanda Covid-19, saya tak boleh pergi ke mana-mana.
“Bermula Mac 2020, saya duduk di rumah bersama ibu saya sebelum dia meninggal dunia pada 1 Ogos 2020. Saya meluangkan masa lima bulan itu dengan menjaganya siang dan malam.
“Saya sangat berpuas hati, sebelum dia pergi saya dapat lakukan untuk dia seperti mandikan, suap dia makan dan sebagai. Di mana semua itu saya tak sempat lakukan ketika saya sibuk bekerja,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Sheila memberitahu kesihatan arwah ibunya semakin merosok sejak Jun 2020 dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir akibat sakit tua.
“Kesihatannya merosot sejak Jun 2020, dan tidak lama kemudian dia meninggal dunia akibat sakit tua,” katanya.
Terdahulu, Allahyarham Saadiah, 96, meninggal dunia akibat sakit tua. Ibu kepada lapan orang cahaya mata itu tidak mempunyai sebarang penyakit, sebaliknya sebelum itu badannya lemah dan kurang berselera makan.
Penyanyi terkenal menerusi lagi Ku Mohon itu juga bakal mengadakan konsert Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 pada 18 Mac tahun hadapan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Tiket Sheila Majid Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 dijual dari harga serendah RM288 (Bronze), RM488 (Silver), RM588 (Gold), RM688 (Platinum), RM888 (Diamond) dan RM1,288 (VVIP). Ia boleh dibeli menerusi www.Jiobuddy.asia.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live