Laman Utama

Didakwa Influencer Yang Potong Que Vaksin Covid-19, Dr. Say Tampil Menjawab Perkara Sebenar

Syafiqah Jalal
26/02/2021
08:50 MYT
Semalam kecoh di portal media apabila mendakwa terdapat beberapa individu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘influencer’ diberi kebenaran ‘potong’ barisan untuk menerima vaksin Covid-19.
Antara doktor selebriti yang terpalit dengan isu tersebut adalah Dr. Say Shazril yang juga merupakan instafamous.
Tidak mendiamkan diri, Dr. Say tampil menjelaskan hal tersebut dan dalam masa yang sama akui tidak sabar untuk mendapatkan vakin tersebut.
“Terus terang saya cerita, kalau boleh, memang saya nak sangat dapatkan vaksin COVID-19 ni seawal mungkin dengan niat agar saya dapat galakkan lebih ramai join Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tapi saya sedar kedudukan saya.
“Walaupun saya seorang doktor saya tiada direct contact dengan pesakit COVID-19. Kat klinik yang saya biasa locum, saya deal mostly kes sakit kepala, sakit sengugut, demam biasa dan demam nak MC.
“Terjumpa pesakit COVID-19 jarang sekali. Jadi sy sedar kalau saya nak minta vaksin awal pun tidak adil kepada mereka yang betul-betul berdepan dengan COVID-19 setiap hari.
“Kalau ikutkan sy & wife termasuk dalam kumpulan fasa 1 tapi memandangkan wife pregnant maka dia tak dibenarkan ambil vaksin,” jelasnya.
Dr. Say menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya di hadapan Hospital Serdang ketika bertugas di sana.
Dr. Say menafikan dia adalah salah seorang influencer yang terlibat dan dia meminta agar netizen berhenti menyebarkan berita palsu.
What I can do now is just wait for my turn to come. When that day comes, dengan bangganya akan saya post di IG ni sebab tak sabar gila nak dapatkan vaksin ni uiii.
“Oh menjawab soalan ampa, saya bukan influencer nak potong line tu plus Dr. Noor Hisham dah bagitau yang so called influencers tu adalah ketua jabatan Hospital Serdang themselves untuk menggalakkan staf frontliners mereka mengambil vaksin COVID-19.
“Cukup-cukup la sebar berita palsu ni, ampa tak penat ka?” persoalnya.
Isu influencer potong barisan untuk mendapat vaksi tersebut bagaimana pun sudah dijelaskan sendiri oleh Dr. Noor Hisham.
BACA: Influencer Dapat Potong Barisan Untuk Vaksin Covid-19? Ini Jawab KKM
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Viral

Sangka Pemuda Kurang Siuman Potong Ayam, Warga Kampung Lari Nampak Daging Manusia Dikerat

gempak
02/07/2024
21:45 MYT
Penduduk di sebuah kampung di Garut, Indonesia digemparkan dengan insiden sadis seorang lelaki kurang siuman membunuh dan memotong bahagian badan rakannya yang juga tidak waras.
Viral

Doktor Pesan Aiskrim Secara Online Dapat Jari Sebagai ‘Bonus’ - "Saya Fikir Ia Coklat Atau Kacang"

gempak
15/06/2024
15:55 MYT
Seorang doktor mengaku trauma untuk membeli aiskrim selepas termakan jari yang ‘terbenam’ di dalam pencuci mulut tersebut.
Berita

Akibat Kecuaian, Wanita Kritikal Doktor Tersilap Bedah Buang Pinggang

gempak
30/05/2024
03:55 MYT
Seorang wanita berada di dalam keadaan kritikal apabila doktor di sebuah hospital swasta dilaporkan tersilap melakukan prosedur batu karang pada buah pinggangnya.