Pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis menjawab persoalan netizen yang bertanyakan sama ada dia seorang yang memberontak dan tidak ingat Tuhan.

Tidak cukup dengan itu, netizen turut menyoal menerusi fungsi soalan pada Instagram, apakah yang Puteri Balqis belajar daripada ibunya.

“Hello adik orang kata adik rebel dan tak ingat Tuhan, apa yang adik belajar daripada ibu adik,” soal netizen berkenaan.

Tenang menjawab soalan tersebut, pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2014 menyatakan ibunya selalu membantu haiwan biarpun sekecil serangga.

“Dear uncle, terima kasih untuk soalan ini. Ibu saya wanita sentiasa menolong haiwan sekecil serangga, tidak ada social media, mengelakkan diri dari manusia kerana tidak mahu mengumpat mengeji.

“Berterima kasih kepada rumput yang dipijak, memohon maaf kepada haiwan-haiwan yang dikhianati. Setiap hari dia akan berjalan dan bersedekah kepada pemotong rumput dan tukang sapu sampah.

“Ini doa ibu saya setiap hari, wahai Pencipta kami, ampunkan seluruh hambaMu, termasuk tumbuhan dan haiwan, semoga seluruh hambaMu dijauhkan dari seluruh pengkhianatan,” katanya.

Terdahulu, penampilan terbaru Balqis yang memakai skirt pendek berserta stoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak mencetuskan tanda tanya ramai mengenai keadaan terkini pelakon cilik itu.

Seperti yang diketahui, nama Balqis sebelum ini pernah tiba-tiba hilang daripada radar dunia seni sebelum diketahui bahawa dia menghidap masalah kesihatan.

BACA : Pakar Pediatrik Sahkan Puteri Balqis Bukan Penghidap Kanser, Tetapi...