Laman Utama

Didakwa Sengaja Cipta ‘Gimik’ Yang Sama, Ini Jawapan Nabila Razali - “Tak Best La Kita Kerja Dalam Industri Kreatif Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
30/11/2022
13:55 MYT
Sponsor Banner
Didakwa Sengaja Cipta ‘Gimik’ Yang Sama, Ini Jawapan Nabila Razali - “Tak Best La Kita Kerja Dalam Industri Kreatif Tapi…”
Penyanyi Nabila Razali menjelaskan tindakannya memadam gambar dan menggantikan dengan foto seakan-akan memberi bayangan bakal berkahwin di laman sosial bukanlah gimik yang biasa dilakukannya.
Anggap ia sekadar ‘teaser’ lagu terbaharu, Nabila bagaimanapun berkata dia hanya menggunakan cara promosi yang lebih kreatif untuk menarik perhatian netizen untuk menonton video muzik (MV).
“Cakap fasal gimik ini, sebenarnya orang keliru perbezaan antara gimik dan teaser. Apa yang saya kongsikan di laman sosial itu hanyalah sebagai teaser atau nak beritahu yang saya ada something untuk dikongsikan.
“Tak best la, kita kerja dalam industri kreatif tapi takkan kita hanya nak ‘nah saya ada air, minum la’… di mana kreativiti itu? Sebagai seorang penyanyi, anak seni yang masih baru… saya rasa kita kena sentiasa ada cara baru untuk promosikan produk kita. Tak nak la terlampau suap.
“Jadi kita bagi teaser sikit. Perkongsian saya itu pun semuanya ada dalam MV lagu terbaharu. Bagi saya, gimik tu sesuatu benda yang di ada adakan tapi tak ada kaitan dengan produk,” katanya kepada Gempak.
Nabila ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaharunya berjudul Aku Terluka di Auditorium Symphony Square, Petaling Jaya pada Rabu.
Mengambil segala komen secara positif, Nabila mengakui dia sememangnya mahu membuatkan peminat atau netizen tertanya-tanya mengenai perkongsiannya itu.
“Mulut orang… kita tak boleh nak halang apa sangkaan orang terhadap kita. Saya nak biar orang terfikir ‘apa dia ni ha, teaser apa ni’. Ada yang cakap gimik lagu baharu.
“Ada pula netizen ingat saya betul-betul nak kahwin… itu yang buat mereka rasa penasaran, nak tahu apa saya buat. Bagi saya ia satu benda yang baik sebab orang nak tahu apa Nabila Razali nak buat.
“Daripada orang hanya ‘apa-apa saja la dia ni’. Bagi saya, ia satu feedback yang positif,” ujarnya lagi.
Terdahulu, tindakan Nabila memadam semua hantaran di Instagram miliknya dan menggantikan dengan foto memperlihatkan dia bersama seorang jejaka dalam perselainan baju pengantin mengundang tanda tanya netizen.
Menerusi beberapa siri hantaran di IG Stories, Nabila turut berkongsi foto menunjukkan lokasi majlis perkahwinan di tepi pantai dan beberapa gambar hitam putih yang memperlihatkan jejaka berkenaan memegang sebentuk cincin bersama seutas rantai.
Bagaimanapun, salah satu daripada perkongsian tersebut yang memperlihatkan hiasan wedding board di atas meja memaparkan nama yang dipercayai mewakili nama Nabila dan jejaka berkenaan iaitu penyanyi rap, MK K-Clique.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024