HIBURAN

Didakwa Seorang Narsistik, Baim Wong: “Penyakit Adalah Privasi…”

Maliah Surip 15/04/2025 | 05:50 MYT
Bintang terkenal Indonesia, Baim Wong sempat didakwa segelintir pihak mempunyai masalah gangguan kesihatan mental NPD (Narcissistic Personality Disorder) atau narsistik.

BERITA TRENDING: Baim Wong Tak Peduli Diboikot Kerana Didakwa Hasut Anak Benci Isteri

Sikap narsistik Baim konon dapat dilihat dengan jelas sepanjang proses perceraian bersama bekas isterinya, Paula Verhoeven.

BERITA TRENDING: Rakaman CCTV Baim Wong Didakwa Kasari Paula Verhoven Ditayang Di Mahkamah

Menerusi laporan media tempatan, pelakon tersebut memberitahu telah melakukan diagnos untuk mengetahui jika dirinya mempunyai ciri-ciri pesakit mental.
Dia kemudian mengesahkan dirinya bebas daripada sebarang penyakit atau masalah kejiwaan itu.
“Saya telah melakukan ujian kesihatan kejiwaan atau mental. Alhamdulillah saya sihat.
“Tidak ada penyakit mental yang perlu saya risaukan. Allah maha baik,” ujar Baim seperti dilaporkan InsertLive.

BERITA TRENDING: "Kami Masih Berhubung..." - Baim Wong Tak Baca Komen Di Media Sosial, Mohon Doa Terbaik Selepas Fail Cerai Paula Verhoeven

Baim juga menjelaskan penyakit merupakan salah satu privasi buat seseorang dan tidak perlu untuk dikongsi kepada umum.
“Bagi saya penyakit itu adalah privasi seseorang, dan itu kadang merupakan luka bagi orang tersebut.
“Kalau boleh jangan dikongsi kepada umum. Rahsiakan. Bimbang jika benar, kasihan orang tersebut. Bukan sebab ingin sembunyi tetapi ia tentang hak dasar seorang manusia: hak atas privasi dan harga diri,” kata Baim lagi.
Terdahulu bapa dua anak itu juga mengaku telah menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di Pulau Pinang dan dirinya bebas daripada sebarang penyakit berbahaya.
“Alhamdulillah saya sihat tidak ada kanser, HIV atau penyakit lainnya. Cuma kolestrol tinggi,” katanya yang dipetik daripada perkongsian di media sosial.
#pelakon #Baim Wong #Indonesia #Narsistik