Pelakon, Fasha Sandha terguris hati apabila dicop bodoh dan tidak prihatin dengan nasib rakyat Palestin hanya kerana memuat naik hantaran yang berkaitan dengan kerjaya.

Fasha meluahkan isi hatinya itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Fasha, walaupun giat mempromosikan produk namun itu tidak bermakna dia tidak memberi perhatian terhadap nasib yang menimpa Gaza.

“Saya turut berdukacita, turut mendoakan, juga turut titipkan bantuan, tapi apabila saya buat posting berkenaan kerja saya bukan bererti saya tidak berdukacita dan peka terhadap palestine dan Gaza.

“Hidup kita semua harus diteruskan, sama juga seperti rancangan nyanyian dan hiburan di TV juga tetap diteruskan walau semua sedang berduka.

“Walaupun saya ini jenis kalis kecaman, ada juga sedikit terguris bila kita sama-sama saudara islam kata saya tak peka terhadap Palestin dan Gaza,” coretnya.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Dalam pada itu, Fasha juga turut memuat naik tangkap layar seorang individu yang mengeluarkan kata-kata negatif berkenaan isu tersebut dan menegurnya.

“Mungkin cik boleh check, sama ada team kami peka atau tidak terhadap Palestin Gaza. Baru cik boleh kembali untuk bagi komen sebegini. Apa pun terima kasih,” tulisnya.

Terdahulu, Fasha kerap menjadi sasaran netizen yang kurang senang dengan posting-posting yang dimuat naik di akaun Instagramnya.