HIBURAN
Didakwa Tenggelamkan Nyanyian Liza Aziz Di Final GV11, Kris Dayanti Tak Rasa ‘Overshadow’ Persembahan - “Janganlah Marah Saya”
Penyanyi, Kris Dayanti tampil memberi respons apabila dituduh membayangi persembahan Liza Aziz semasa pentas akhir Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) baru-baru ini.
Kongsi Hal Sebenar
Menurut Kris, 50, dia tidak menenggelamkan Liza sebaliknya hanya menuruti aturan asal lagu Cinta ciptaan Melly Goeslaw itu.
Kris juga memaklumkan wujud salah faham dari aspek teknikal sehingga membuatkan persembahan vokalnya didakwa dilontarkan secara berlebihan oleh warganet.
“Sebenarnya, saya meminta Tok Ram menurunkun satu key tetapi beliau menaikkan pula nada itu disebabkan kurang jelas.
“Tetapi sebelum ini pun, setiap kali saya nyanyikan lagu itu bersama Melly, memang kami meminta key diturunkan.
“Jadi pada malam tersebut saya terpaksa mengikut key yang telah ditukar itu sehingga kedengaran vokal saya seolah-olah cuba menenggelamkan kemampuan vokal Liza,”katanya kepada Gempak.
Kris berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Cinta Nostalgia Kris Dayanti di St Giles Boulevard, Kuala Lumpur, semalam.
Satu Penghormatan Bersama Liza Aziz
Tidak berniat mencetuskan perdebatan itu, Kris bagaimanapun dengan rendah diri dengan warganet yang berkecil hati dengan insiden tersebut.
Malah pelantun lagu Cubalah Untuk Setia itu menyifatkan ia satu penghormatan buatnya apabila beraksi bersama Liza.
“Tidak lah (overshadow), memang nyanyian itu adalah bahagian saya dan bahagian Liza adalah bahagian nyanyian Melly.
“Biasalah final kan, walaupun kami sempat berlatih dua hingga tiga kali, kadang ada yang terkurang di sesuatu bahagian, tetapi semuanya hampir sempurna.
“Saya sangat senang sekali bila dapat berduet dengan Liza, 12 juta penonton dengan rating paling tinggi. Itu sebuah penghormatan buat saya,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Kris turut memaklumkan ada peminat yang cuba menghantar mesej langsung (DM) kepadanya mengenai insiden tersebut namun Kris tetap membaca dan membalas dengan tenang.
“Janganlah marah saya… perkara yang berlaku pun disebabkan salah faham. Tiada niat apa pun. Saya sayang semua.
“Ada juga peminat yang menhantar mesej langsung (DM) di Instagram, saya baca dan jawab saja,” ujarnya.
Terdahulu, malam kemuncak GV11 yang menyaksikan gandingan duetnya dengan penyanyi dihormatinya itu, Kris didakwa cuba menonjolkan diri berbanding memberi ruang kepada Liza sebagai finalis.
Sementara itu, mengenai konsert yang akan diadakan pada 22 Jun depan di Axiata Arena Bukit Jalil, Kris akan membawakn hampir 30 lagu yang berkisar tentang cinta dan kehidupan sepanjang lebih tiga dekad dalam industri seni.
ARTIKEL BERKAITAN: Krisdayanti Ubati Rindu Peminat Selepas Lapan Tahun, Konsert ‘Cinta Nostalgia Krisdayanti’ Bukti Terus Disayangi - “Saya Rasa Bertuah”
ARTIKEL BERKAITAN: Rapat Seperti Keluarga, Kehilangan Pengurus Beri Kesan Mendalam Buat Krisdayanti - “Kami Boleh Diibaratkan Seperti Siti & Kak Rozi…”
ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Duet Dengan Krisdayanti, Liza Aziz; "Saya Tak Boleh Tokok Tambah Sebab Nanti…”
ARTIKEL BERKAITAN: Pengurus Meninggal Dunia, Krisdayanti Titip Ucapan Duka - “Terima Kasih Untuk Bersama Sejak 1993”
Must-Watch Video