Gegar Vaganza 11

Gegar Vaganza 11: Duet Dengan Krisdayanti, Liza Aziz; "Saya Tak Boleh Tokok Tambah Sebab Nanti…”

gempak
Mya Amri
11/02/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Duet Dengan Krisdayanti, Liza Aziz; "Saya Tak Boleh Tokok Tambah Sebab Nanti…”
Juara Gegar Vaganza 11 (GV11), Liza Aziz menjelaskan mengenai tanda tanya netizen mengenai pembahagian lirik lagu duet berjudul Cinta yang disampaikan bersama penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti di konsert akhir pada Ahad.

Tidak boleh tokok tambah sesuka hati

Menurut Liza, dia tidak boleh menokok tambah sesuka hati ketika membuat persembahan.
Malah pembahagian lagu itu juga mengikut seperti mana yang dinyanyikan oleh penyanyi asal, Krisdayanti dan Melly Goeslaw sebelum ini.

“Yang pembahagian bahagian itu, memang lagu tersebut sebegitu. Lagu itu memang sudah Melly Goeslaw dan Krisdayanti dah diberikan begitu jadi saya ikut apa yang ada di situ. “Saya tidak boleh menokok tambah sebab nanti orang cakap saya lebih sudu dari kuah. Jadi saya ikut apa yang diberikan dan kita sama-sama bekerjasama.

“Krisdayanti melakukannya dengan sangat baik dan saya rasa sangat berbesar hati,” katanya.
Liza berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media konsert akhir GV11 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Minat Krisdayanti

Dalam pad itu, Liza juga menyatakan rasa gembira kerana dapat berduet bersama Krisdayanti dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat merendah diri.
“Sejujurnya masa berduet dengan Krisdayanti pun saya rasa berdebar jugalah takut tenggelam atau apa. Tapi alhamdulillah kami serasi.

“Saya memang minat sangat dengan Krisdayanti sejak muda sampai sekarang jadi bila dapat berduet dengan dia rasa macam dapat hadiah utama. “Ini adalah pertama kali saya bekerjasama dengan Krisdayanti. Dia sangat baik, sangat merendah diri dan saya akan ingat selama lamanya duet saya pada malam konsert akhir GV11 ini,” ujarnya.

Menyampaikan lagu I Surrender, Cinta dan Angkat, Liza Aziz berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 77.89 peratus daripada juri tetap.
Manakala naib juara pula menjadi milik Ning Baizura dan tempat ketiga jatuh kepada Sheila Abdul.

ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Usaha 3 Bulan Membuahkan Hasil, Liza Aziz Bersyukur Bergelar Juara - “Saya Bekerja Keras Dan Bukannya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11 RECAP: Dianggap Sebagai Celine Dion Malaysia, Liza Aziz Rangkul Juara! Ini Komen & Markah Penuh Konsert Akhir

ARTIKEL BERKAITAN:Aksi Lincah & Agresif Di Atas Pentas Dikritik Meski Bertudung, Zehra Zambri Hanya Jadi Diri Sendiri - “Bukan Buat-Buat Tetapi…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kelab Peminat Dilabel Toksik, Sheila Abdull Pesan Jangan Panjangkan Sesuatu Isu - “Mungkin Mereka Nak Back Up Saya”

ARTIKEL BERKAITAN:Gegar Vaganza 11: Dominasi Tangga Pertama Setiap Minggu, Kekal Jadi Program Pilihan Rakyat Malaysia

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selaku ketua juri.
GV11 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse namun bermula minggu keenam, pelakon, Sherry Alhadad menggantikan tempat Jihan kini baru sudah menimang cahaya mata ketiga dan menjalani proses berpantang.
Gegar Vaganza 11 ini bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 12 minggu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024