HIBURAN

Digelar ‘Vampire’ Kerana Wajah Awet Muda, Bell Ngasri Tak Kisah - “Pergi Ambil Anak Pun Orang Ingat Saya Macam Budak-Budak”

Mya Amri 22/04/2025 | 05:55 MYT
Pelakon, Bell Ngasri menganggap mungkin kerana saiz badannya kecil merupakan antara faktor yang membuatkan dirinya dilihat sebagai awet muda.

Awet muda

Berkongsi kisah lucu, Bell berkata dia pernah berdepan situasi di mana ada ingat dirinya sebagai seorang remaja ketika mengambil anaknya pulang dari sekolah.

“Alhamdulillah terima kasih banyak banyak kepada mereka yang memuji tapi sebenarnya bagi saya, macam untuk saya mungkin sebab saya mempunyai saiz badan yang kecil.

“Sebagai contoh masa saya pergi tengok anak sekolah orang ingat saya macam budak budak, orang tak perasan yang saya ini orang tua,” katanya kepada Gempak.

Digelar vampire
Dalam pada itu, Bell berkata dia mengatahui bahawa ramai yang mengatakan dirinya termasuk adik-beradiknya seolah-olah ‘vampire’ kerana kelihatan muda daripada usia sebenar.

“Awak kata saya muda tetapi abang saya sudah berusia 52 tahun, dah ada cucu. Ada orang kata dia lagi nampak muda daripada saya.

“Sedangkan saya dan dia tujuh tahun beza usia. Saya rasa mungkin sebab itulah, saiz badan saya yang kecil,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Tahu Apa Punca, Bell Ngasri Reda Kurang Tawaran Berlakon - “Nak Panggil Silakan, Kalau Tak Nak Sudah…”

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Akaun Palsu, Bell Ngasri ‘Cuak’ Bila Rosyam Nor Buat Laporan Polis - “Orang Yang Saya Kenal Sejak Kecil Tiba-Tiba Nak Saman…”

ARTIKEL BERKAITAN:Jadi Diva? Bell Ngasri Komen - "Kalau Artis Baru Buat Perangai Begitu Dengan Saya..."

ARTIKEL BERKAITAN:Adik Dikecam Jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, Ini Respon Bell Ngasri! - "Saya Harap Anne ..."

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Perlu Kontroversi Murahan, Ini Kisah Kejayaan Figura Hebat Bell Ngasri, Elly Mazlein & Tyzo

Terdahulu, selain Bell, dua lagi adik beradiknya yang popular kerana memiliki wajah ‘baby face’ adalah Darling Ngasri dan Anne Ngasri.
#Awet Muda #Bell Ngasri #Vampire