HIBURAN
Tak Tahu Apa Punca, Bell Ngasri Reda Kurang Tawaran Berlakon - “Nak Panggil Silakan, Kalau Tak Nak Sudah…”
Pelakon, Bell Ngasri mendedahkan kurang menerima tawaran lakonan untuk melakonkan naskhah air mata.
Berlapang dada
Bell, dia sendiri tidak mengetahui apakah puncanya namun tetap berlapang dada dengan setiap bentuk rezeki yang diterimanya ketika ini.“Memang agak kurang tawaran lakonan tapi tidaklah terlalu beza sangat. Sejujurnya memang ada perasaan risau orang takut panggil saya selepas menang Anugerah Bintang Paling Popular ke-35.
Bell berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan gala filem 6 Jilake bertempat di TGV, Mid Valley pada Rabu.“Tapi alhamdulillah saya masih bekerja untuk beberapa program. Mungkin hanya tawaran berlakon yang agak kurang.“Mungkin juga tidak banyak jenis cerita yang pengarah nak buat atau sebagainya. Saya pun tak tahu (punca) tapi serahkan semua pada rezeki,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Akaun Palsu, Bell Ngasri ‘Cuak’ Bila Rosyam Nor Buat Laporan Polis - “Orang Yang Saya Kenal Sejak Kecil Tiba-Tiba Nak Saman…”
ARTIKEL BERKAITAN:Jadi Diva? Bell Ngasri Komen - "Kalau Artis Baru Buat Perangai Begitu Dengan Saya..."
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Perlu Kontroversi Murahan, Ini Kisah Kejayaan Figura Hebat Bell Ngasri, Elly Mazlein & Tyzo
ARTIKEL BERKAITAN:“Terasa Sedih, Syahdu, I Love You…” - Kuat Kerja, Darling Ngasri Sering Nasihat Bell Jaga Kesihatan
ARTIKEL BERKAITAN:Rupanya Bell Ngasri Garang, Isteri Dedah Sisi Lain Barkoba Di Rumah
Dihujani pekerjaan lain
Bagaimanapun kata Bell, dia bersyukur kerana masih dihujani dengan pelbagai peluang pekerjaan lain termasuk pengacaraan dan kerja belakang tabir.“Saya tidaklah kecewa, sikit-sikit pun saya bersyukur sebab masa menang pun, bukannya hero yang berlambak dengan dengan drama atau filem.“Tapi semua kena faham, saya ada banyak juga kerja-kerja lain, bukan berlakon semata-mata.“Namun, alhamdulillah saya okey sahaja. Nak panggil silakan, kalau tak nak sudah.
“Namun, saya tidak mahu ada rasa kekurangan atau sebagainya dan tetap bersyukur. Terima kasih juga kepada mereka yang terus menghargai hasil kerja saya,” jelasnya.
Terdahulu, Bell sebelum ini pernah mendedahkan kurang mendapat tawaran lakonan tahun lalu namun enggan menjadikan kemenangannya pada ABP35 sebagai punca.
Must-Watch Video