Hiburan

Dihadiahkan Audi R8 Dan Pemandu Peribadi, Aiman Tino Tetap Mahu Belajar Memandu

Syafiqah Jalal
10/03/2017
09:07 MYT
Penyanyi Aiman Tino mengakui akan tetap belajar memandu walaupun telah dihadiahkan kereta mewah Audi R8 dilengkapi pemandu peribadi.
Aiman, 19, berkata, dia bersyukur kerana dilimpahi rezeki sejak bergelar anak seni.
"Saya sebenarnya macam tidak percaya akan diberikan kereta mewah dan pada masa sama saya teruja untuk memandu kereta itu sendiri.
“Siapa tidak gembira dapat hadiah seperti itu tetapi saya masih belum ada lesen memandu dan saya akan cuba untuk mendapatkannya nanti”, katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Sweet Aiman.
Kereta mewah dianggarkan bernilai RM660 ribu disumbangkan Datuk Ryzal Jamaludin, Pengarah Urusan Wonder Glow Cosmetics Sdn. Bhd., Datuk Ryzal Jamaludin.
Ryzal juga merupakan rakan kerjasama Aiman dalam menghasilkan produk kosmetik terbarunya, Sweet Aiman.
Mengulas tentang keputusannya untuk mengeluarkan produk kecantikan sendiri, Aiman memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan kedua ibu bapanya.
"Ibu dan Ayah saya tahu saya sangat meminati bidang perniagaan. Apabila saya beritahu tentang hasrat untuk menghasilkan produk sendiri iaitu, Sweet Aiman, mereka bersetuju.
"Saya harap Sweet Aiman mendapat sokongan penuh daripada orang ramai," ujarnya.
Teks oleh : Izzat Ridzwan Foto : Instagram @official_aimantino, automobilemag.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Nak Bawa Pergi Kebun" - Haliza Maysuri Terkejut Terima Hadiah Kereta Mewah RM1.6 Juta & Tasbih RM30,000 Pada Hari Jadi

gempak
09/07/2024
06:00 MYT
Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terkejut dan tidak menyangka menerima hadiah mewah daripada suaminya sempena ulangtahun kelahirannya baru-baru ini.
Viral

Lelaki Ini Hadiahkan Diri Sendiri Kereta Mewah Bernilai RM1.7 Juta Sempena Hari Jadi, Dihantar Dengan Trak Lutsinar!

gempak
22/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki menjadi perhatian perhatian netizen selepas menghadiahkan dirinya sebuah kereta berjenama mewah sempena sambutan hari jadinya.
Viral

Anak Dapat 6A SPM, Kak KM Hadiahkan Kereta Mercedes & Cek RM10,000!

gempak
28/05/2024
02:55 MYT
Selepas kejayaan anaknya, Mohd Faris memperolehi 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), usahawan sensasi, Kak KM membuat hantaran di media sosial menunjukkan hadiah yang diberikan kepada puteranya hasil daripada usaha cahaya matanya itu dalam bidang akademik.
Hiburan

“Dia Tak Malu Pun Suami Belikan Kereta Second Hand Je” - Netizen Puji Atikah Suhaime, Humble & Sweet

gempak
19/05/2024
07:53 MYT
Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa gembira sebaik sahaja menerima hadiah sebuah kereta terpakai berjenama mewah daripada suami tersayang, Datuk Lokman Teh.
Viral

Guru Bukan Islam ‘Terkesima’ Terima Sejadah, Tasbih Digital Sempena Hari Guru

gempak
17/05/2024
04:30 MYT
Seorang guru terhibur kerana telah menerima hadiah selembar sejadah dan tasbih digital daripada salah seorang anak muridnya sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.