Populariti Anna Jobling yang meledak sejak 2022 pastinya membuka peluang untuk lebih ramai berdampingan dengannya, termasuk juga peminat lelaki.

Malah, secara logiknya bagi wanita secantik Anna, pasti tidak terlepas daripada dikaitkan dengan lelaki berstatus VIP.

Mengulas tentang perkara terbabit, kata Anna, dia bagaimanapun bukan seorang individu yang suka melayan.

"Jujurnya saya tak baca DM atau apa pun misalnya kalau ada salam perkenalan dari lelaki ke VIP ke atau lelaki tua ke muda ke. Jadi kalau ada, saya pun tak tahu.

"Tapi saya tak suka melayan, ya saya tak berminat. Mereka boleh cuba, tapi no thanks!" katanya menerusi sesi temubual eksklusif G The Untold Story edisi Januari 2023.

Untuk membaca lebih lanjut kisah tentang si cantik Anna Jobling, klik di sini!