Laman Utama

Dihina Berwajah Pelik, Cardi B 'Beri' Haters Muka Tanpa Solekan

Maliah Surip
12/02/2021
11:50 MYT
Rapper Cardi B dilihat mempunyai cara tersendiri untuk membalas sindiran dan penghinaan hatersnya.
Wanita berusia 28 tahun yang dilabelkan segelintir haters sebagai memiliki wajah pelik mengatakan dia tidak peduli dengan pandangan orang terhadapnya.
Cardi B mengaku selesa dengan bentuk tubuh atau wajahnya. Jadi untuk para haters, dia membalas setiap penghinaan tersebut dengan memuat naik foto dirinya tanpa solekan.
"Ini wajah saya setelah 20 minit bangun dari tidur. Tanpa filter, tanpa solekan atau lipstik.
"Saya tak pernah takut untuk menunjukkan wajah sebenar," tulis Cardi B pada sepotong video yang dimuat naik dalam laman Instagramnya sekitar dua hari lalu.
Dia juga membidas tindakan haters yang mengambil foto dan menghina dirinya di laman sosial. Rapper kulit hitam itu mengatakan apapun yang dilakukan para hatersnya kepadanya, itu tidak akan merubah fakta dirinya jauh lebih bagus daripada mereka.
"Dengan solekan atau tidak, saya okay. Saya selesa dengan kulit dan penampilan saya," tambahnya lagi.
Biar mengaku selesa dengan penampilannya, ibu satu anak itu sempat digosipkan melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya beberapa hari lalu.
Hal itu lantaran hidungnya kelihatan semakin mancung. Namun, Cardi B tidak memberi komen terhadap gosip tersebut.
Meski demikian, pelantun lagu Up ini mengaku pernah melakukan pembedahan plastik pada beberapa bahagian tubuhnya termasuk membesarkan payudara dan membuat lemak badan menerusi kaedah liposuction selepas melahirkan anaknya, Kulture tahun 2019 lalu.
Kredit Foto: Getty Images Instagram: @iamcardib
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fesyen Pelik-Pelik Digayakan Selebriti, Yuna Minta Lebih Terbuka – “Kita Just Have Fun Saja, Tak Payah Nak Serius Sangat”

gempak
24/07/2024
06:25 MYT
Bercakap kepada Gempak, Yuna atau nama sebenarya Yunalis Mat Zara’ai, 38, berkata, masyarakat kini lebih terbuka dalam menilai fesyen seseorang terutamanya selebriti.
Viral

Duduk Dalam Keadaan Pelik, Aksi Lucu Kucing Ini Buat Netizen Tak Kering Gusi - “Dia Tengah Buat Pilates Tu”

gempak
21/07/2024
06:55 MYT
Gelagat dan telatah kucing yang comel dan lucu seringkali mencuri tumpuan ramai pihak.
Viral

Pelik Tapi Benar! Ular Pun Mandi Guna Syampu

gempak
12/07/2024
01:06 MYT
Tular di laman sosial seorang lelaki memandikan ular dengan syampu.
Terkini

Tetamu Isi Wang Tunai Dalam Kain Untuk Pengantin

gempak
11/07/2024
23:55 MYT
Perbuatan tetamu undangan sebuah majlis perkahwinan di Indonesia yang memberikan wang tunai di dalam kain tanpa dimasukkan ke dalam sampul kepada pasangan pengantin mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Detiknews semalam.
Viral

Berubah Raut Wajah Wanita Kulit Hitam Ini Bila Joe Biden Tak Layan Sapaannya

gempak
07/07/2024
01:55 MYT
Sepotong video menyaksikan interaksi antara Joe Bidin dan seorang wanita kulit hitam viral di platform X gara-gara Presiden Amerikat Syarikat (AS) itu tidak melayan sapaan wanita tersebut ketika sesi ramah mesra.