Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Dikatakan Reda Tapi Hati Hancur, Ini Respons Isteri Pertama Abang Tesla

Asyikin Mayudin
23/08/2023 02:55 MYT
Isteri pertama pencipta kandungan TikTok, Abang Tesla tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan semenjak viral kisah suaminya mendapat kebenaran untuk berkahwin lain.

Meskipun telah mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina Jamari, namun tindakan Abang Tesla tetap dikecam serta menerima kritikan daripada netizen sehingga kini.

Malah ramai wanita di luar sana yang beranggapan hati isteri pertama Abang Tesla hancur biarpun sudah menerima hakikat dimadukan oleh suaminya.

Lama mendiamkan diri, akhirnya Nurmajdina membuka mulut dengan mendoakan agar suaminya itu sentiasa kuat biarpun menerima kecaman hebat netizen.

Dalam masa sama, wanita itu berharap orang ramai turut mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

"Stay strong baby. Hanya kita dan Allah Maha Mengetahui segalanya.

"Korang doakan yang baik-baik untuk kami ya," tulisnya ringkas.

Pada Jumaat lalu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah sekali.

Menurut Abang Tesla, perkahwinan keduanya telah mendapat restu daripada isteri pertamanya dan akui reda dengan pernikahan tersebut.

BACA SINI: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki

BACA SINI: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”


#Suami #Isteri #Poligami #Abang Tesla #Isteri Abang Tesla
;