Berita

Dikdawa Ada Konspirasi Menerbitkan Video Lucah, Ini Komen Norman KRU

Rozaimi Zubaidi
17/06/2019
05:10 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam penerbitan klip video intim dikaitkan dengan seorang menteri yang tular beberapa hari lepas.
Menurut laporan Astro Awani, dua hari lepas, sebuah blog politik memetik nama Norman dan beberapa tokoh politik, mendakwa kononnya mereka ada konspirasi dengan menerbitkan video lucah tersebut.
Menurut Norman, beliau berasa sedih dan terkejut apabila mendapat tahu blog politik tersebut mengaitkan dirinya dengan penerbitan video berkenaan.
“Saya amat terkejut dan sedih apabila beberapa kenalan saya memberi pautan ke sebuah blog politik yang mengaitkan saya dengan beberapa tokoh politik kononnya ada konspirasi menerbitkan video lucah yang dikatakan melibatkan seorang menteri kanan," katanya.
Sebelum ini, satu video lucah yang mengaitkan seorang menteri tular di media sosial.
Seorang individu bernama Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat kenyataan menerusi video di laman Facebook peribadinya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video tersebut.
Dalam kenyataannya itu, dia mendakwa individu di dalam video itu "seorang yang tidak boleh dipercayai dan perlu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.