Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Ruhainies Datang Mahkamah Senyum Lebar Pun Salah! - "Saya Tak Pandai Berlakon, Menangis Depan Kamera"

Asyikin Mayudin
03/07/2024 03:36 MYT
Dikritik selepas hadir ke mahkamah dengan senyuman lebar, pelakon Ruhainies menafikan dakwaan dirinya tidak sensitif dengan kes khalwat sebaliknya mengakui gembira kerana akhirnya dapat bertemu rakan media.

“Mengenai itu, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera...

Ujar Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia tidak pandai berlakon dan tidak mahir untuk sengaja menitiskan air mata depan kamera.

BERITA TRENDING:“Bagi Saya, Tiada Apa-Apa Yang Boleh Halang Untuk Kami Masih Berhubung…” - Aliff Aziz Jawab Mengenai Dakwaan Berbalas Hantaran Dengan Ruhainies

“Saya senyum sebab nampak rakan-rakan media dekat sini, saya teruja setelah sekian lama tak berjumpa kalin semua. Saya bersyukur sebab kalian sudi datang awal pagi untuk prosiding hari ini.

“Mengenai itu, takkan saya nak menangis pula, saya tak pandai berlakon, tak pandai menangis depan kamera,”katanya kepada Gempak usai perbicaraan kes khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Nafi Datang Bersama

Dalam pada itu, Aliff dan Ruhainies menafikan mereka datang bersama selepas dilihat jalan seiringan menuju perkarangan mahkamah.

“Eh kami bukan datang bersama.Kami datang asing cuma waktu datang mahkamah sahaja sama dan kami parkir secara berdekatan,” ujarnya.

Hari ini, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan hakim atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

​BERITA TRENDING:Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tidak Bersalah, Bon Jaminan RM1,500 Juga Dilanjutkan

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

​BERITA TRENDING:Kes Khalwat: Aliff Aziz & Ruhainies Hadir Bersama Di Mahkamah, Mohon Doa Yang Baik-Baik

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

​BERITA TRENDING:Ruhainies Like Gambar Di IG, Netizen Sifatkan Aliff Aziz Tak Rasa Bersalah Curang?

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhanies hangat menjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
#cerai #Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Skandal #hiburan #Curang
;