Menurut takrifan di carian Google, perkataan Outbreak bermaksud penyakit atau virus yang merebak.

Perkara terbabit mencetuskan idea lima jejaka untuk menamakan 'boyband’ mereka sebagai Outbreak.

Mula ditubuhkan semenjak 2018, Outbreak dianggotai lima remaja kacak iaitu Zaim Ajmal (23), Hakeem Zamall (22), Zareef Sein (20), Alif Firdaus (19) dan Shakirin Shah (19).



Menariknya, bakat mereka digilap dan lima jejaka ini dikumpulkan selepas melalui beberapa sesi uji bakat kelolaan Begood Music.

Sebagai salam perkenalan dalam industri muzik, kumpulan ini tampil dengan single pertama genre pop berjudul Terima yang memaparkan mesej persahabatan dan kekeluargaan.




Sudah sebulan dilancarkan, muzik video Terima yang berdurasi 4:17 minit ini telahpun meraih lebih 50,000 tontonan.

Outbreak boleh dikenali dengan lebih dekat di Instagram melalui akaun rasmi mereka yang di beri nama @outbreakmusic_