Pelakon Elyana kembali aktif di media sosial selepas akaun Instagram (IG) miliknya dinyahaktifkan sejak hujung bulan lalu.

Pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 31, menerusi entri terbaharunya mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“Assalamualaikaum sahabat-sahabat, dikesempatan ini saya ingin sekali mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua yang sudi mendoakan saya.

“Saya juga mendoakan supaya segala doa-doa yang baik tersebut akan berbalik kepada anda.

“Saya sayang korang,” tulisnya.


[BACA: “Kalau Saya Tak Buat Apa-Apa Saya Akan Lumpuh..”- Sel Kanser Merebak Ke Saraf Tunjang Elyana]


Elyana yang menghidap kanser kelenjar itu berkongsi rasa tersebut menerusi IG miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya yang kelihaan seperti berada di lapangan terbang.

Namun Elyana telah menutup ruangan komen untuk entri tersebut.

Terdahulu, Elyana menyahaktifkan akaun IGnya selepas menerima tekanan daripada pengikutnya yang sering mengingatkannya tentang kematian dan bertudung.