HIBURAN
Dilapor Bakal Fail Cerai, Zehra Zambri Kongsi Foto Di Katil Hospital - “Kesihatan Saya Kurang Baik, Tiba Masanya Peguam Akan …”
Selepas tular kenyataan suami di mahkamah syariah, penyanyi Zehra Zambri tampil mengemaskini akaun media sosial berkongsi keadaan semasanya.
Zehra memaklumkan dirinya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung situasi terkini disebabkan masalah kesihatan.
"Salam, mohon maaf saya tak dapat beri sebarang kenyataan ketika ini.
"Kesihatan saya juga kurang baik," tulisnya di Instagram Story.
Pada masa yang sama, peserta Gegar Vaganza 11 itu menegaskan dia tidak akan mendedahkan atau memburukkan sesiapa dalam isu yang sedang berlaku.
"Saya tidak akan sesekali mengaibkan sesiapa.
"Tiba masanya, peguam yang mewakili saya akan mengulas lanjut. Terima kasih," katanya.
Terdahulu, Zehra pernah menafikan sedang berhadapan isu rumah tangga bersama suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Namun, Iqwan juga pernah mengeluarkan kenyataan dimana melarang Zehra untuk berkongsi mengenai hal rumah tangga sebaliknya fokus kepada pertandingan yang disertai sahaja.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
BERITA BERKAITAN: Suami Zehra Zambri Tampil Beri Kenyataan Isu Rumah Tangga - “Sudah Saya Tegaskan…”
BERITA BERKAITAN: Zehra Zambri Mahu Cerai ‘Fast Track’, Suami Pula Nak Fail Nusyuz Selamat Rumah Tangga
BERITA BERKAITAN: “Kami Akan Reveal Semua” - Bapa Zehra Zambri
BERITA BERKAITAN: Rumah Tangga Didakwa Goyah & Suami 'Archive' Foto Di Media Sosial, Zehra Zambri Tampil Perjelas - "la Timbul Sejak Saya..."
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Must-Watch Video