gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Astro Audio Perkenal Aplikasi Eksklusif Setiap Stesen Radio
GAYA HIDUP
Pasangan Suami Isteri Empat Kali Juara Pertandingan Motorhome & Campervan Merdeka
VIRAL
"Siasatan Kes Zara Qairina Menjurus Kepada Buli Sebelum Kematian" - JSJ
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Kami Akan Reveal Semua” - Bapa Zehra Zambri

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
19/02/2025
10:55 MYT
Sponsor Banner
“Kami Akan Reveal Semua” - Bapa Zehra Zambri
Bapa kepada penyanyi Zehra Zambri, iaitu Zambri Ahmad memaklumkan bahawa anaknya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan buat masa sekarang kerana menghadapi masalah kesihatan.
Zambri ketika dihubungi juga berkata untuk memberi ruang bagi anaknya berehat dan akan memberi kenyataan dalam masa terdekat.

“Zehra tak sihat, saya nak bawa dia pergi ke hospital sebab demam. Tak apa nanti kami akan cerita, kami akan reveal semua,” katanya ringkas ketika dihubungi Gempak.

Pada masa sama, Zambri memaklumkan bahawa anaknya demam kerana baru selepas selesai masalah kesihatan gigi yang dialaminya semasa sertai Gegar Vaganza 11 baru-baru ini.

“Dia demam selepas cabut gigi hari tu, dah lama dia sakit masa kat GV lagi, jadi saya baru nak bawa dia pergi hospital untuk berehat dekat sana,” tambahnya

Terdahulu, Zehra pernah menafikan sedang berhadapan isu rumah tangga bersama suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Namun, Iqwan juga pernah mengeluarkan kenyataan dimana melarang Zehra untuk berkongsi mengenai hal rumah tangga sebaliknya fokus kepada pertandingan yang disertai sahaja.
Sekadar info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Topic Berkaitan
#Bapa
#Zehra Zambri
#reveal
#semua
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement