Singapura menjadi negara keenam yang melarang penceramah bebas popular dari Indonesia, Abdul Somad Batubara daripada memasuki negara itu.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Abdul Somad yang tiba di republik itu pada 16 Mei telah dihantar pulang ke Batam, Indonesia pada hari sama selepas tiba di Terminal Feri Tanah Merah.
Selain Abdul Somad, 45, enam individu lain yang datang bersamanya turut tidak dibenarkan memasuki Singapura.
Menurut MHA, Abdul Somad didakwa sebagai 'pelampau dan pendukung dasar pemisahan' yang sama sekali tidak boleh diterima Singapura sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.
"Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin dan dianggap sebagai operasi ‘mati syahid’.
"Dia juga pernah membuat kenyataan yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain, seperti orang Kristian, dengan menyifatkan salib sebagai tempat tinggal 'jin kafir'," menurut kenyataan yang disiarkan di laman web kementerian itu, semalam.
Mengulas lanjut, kementerian itu berkata, walaupun Abdul Somad cuba memasuki Singapura atas sebab lawatan sosial, tetapi pemerintah memandang serius sesiapa sahaja yang menyokong keganasan atau mendukung ajaran pelampau serta memecah belah masyarakat.
Ujar kementerian itu lagi, setiap kes dinilai berdasarkan merit tersendiri.
Sebelum ini, Abdul Somad dilaporkan dihalang memasuki Hong Kong pada Disember 2017 dan Timor Leste (2018).
Selain itu, dia juga didakwa tidak dibenarkan memasuki Switzerland, Jerman dan United Kingdom (2020).
Susulan tindakan Singapura, Abdul Somad pada Isnin menuntut penjelasan dan menyifatkan republik itu sebagai 'sombong'.
Memetik laporan media, Abdul Somad percaya sekatan terhadapnya mungkin berkaitan dengan larangan sama di Timor Leste pada 2018 ketika namanya dimasukkan ke dalam senarai pengganas.
Sumber: Awani
Awani
Wed May 18 2022

_1.jpg?ext=.jpg)
"Nak Kata Puas Pun Tidak, Nak Kata Tak Puas Pun Tidak…” – Izara Aishah
Izara Aishah ni kalau berlakon memang best
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Datin Seri, Saya Tak Bermadu" - Noniswara
Ada individu digelar 'budak jongos' kerap mengganggu Noniswara.

Iqbal Kongsi Amalan Kekal Berjaya, Dedah Baca Surah Al-Fatihah Saat Menangis Minta Simpati Daripada Allah
Ini tips kejayaan Iqbal
.jpg?ext=.jpg)
"Saya Pernah Dapat Gambar K**ek Pagi-Pagi" - Tiz Zaqyah
Takutnya dengar cerita Tiz Zaqyah

Rakan Dah Minta Saman Dari Awal, Tapi Puteri Sarah: “Siapa Nak bayar? Perempuan Tu Tak Kerja, Bapak Dia Ada Sakit”
Ini kisah rakan Puteri Sarah

Pawagam Larang Gentleminions Masuk Wayang Tengok Minions
Prekuel filem Minions: The Rise of Gru sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

"Mesti Teringat Zaman Suami Isteri"- Suruh Move On, Netizen Minta Abby Abadi Tak Selalu Jumpa Norman
"Cerai pun sebab dicurangi"- Netizen

Telefilem & Dokumenari Menarik Untuk Anda Saksikan Di Astro Oasis Sepanjang Hari Raya Aidiladha Tahun Ini
Rancangan menarik Hari Raya Aidiladha

Alan Walker Turun Sarawak Sempena Borneo Music Festival Live 2022!
Alan Walker popular dengan lagu Faded!

Penggambaran 35mm Pernah Dihentikan Sebanyak Dua Kali Sebab…
Cabaran membawa hasil yang baik